Utusan Borneo (Sabah)

Perlu ada kestabilan politik untuk kembalikan keyakinan rakyat

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kestabilan politik perlu ada dalam kepimpinan kerajaan bagi mengembali­kan keyakinan rakyat terhadap keadaan politik negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu mengambil inisiatif, namun pihak lain termasuk pembangkan­g juga perlu sama-sama maklum untuk mencapai kestabilan politik.

“Tidak kira apa pandangan dan kumpulan politik, sama ada dalam kerajaan atau pihak pembangkan­g, perlu samasama bertanggun­gjawab kerana ini memberi impak dan kesan besar pada masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab sempena Sesi Balai Rakyat, Makmur Bersama@Sabah anjuran Unit Penyampaia­n Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama kerajaan negeri di sini semalam.

Menurutnya, atas sebab ketidakten­tuan dan ketidaksta­bilan politik, pihak pelabur mungkin berfikir berkali-kali sebelum memutuskan untuk membuat pelaburan di Malaysia kerana situasi politik yang tidak menentu.

Sehubungan itu katanya, sementara dalam proses mencapai ke satu peringkat politik yang stabil, penting untuk kepimpinan negara memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang paling diperlukan rakyat. “Masalah ini mungkin boleh diselesaik­an dan apabila tiba masa kita adakan pilihan raya, saya akan katakan bila masa yang sesuai. Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan sebagaiman­a Sabah yang diuji lebih awal daripada Pusat. Tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana dipilih rakyat dalam pilihan raya yang lepas,” jelasnya.

Beliau berkata, politik Sabah tetap stabil tidak seperti di peringkat nasional. Justeru, bila sampai masa pilihan raya diadakan, rakyat seharusnya memilih pihak yang diyakini boleh mentadbir dan mengurus negara dengan baik.

Muhyiddin mahu mereka yang dipilih rakyat supaya sempurnaka­n kehendak rakyat bagi memastikan keadaan mampu beransur reda dan politik negara juga menjadi semakin stabil.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusop.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

 ??  ?? BERSAMA: Muhyiddin (tengah), Hajiji (kanan) dan barisan tetamu kehormat yang lain merakamkan kenangan bersama peserta yang menyertai program itu. — Gambar Jabatan Penerangan
BERSAMA: Muhyiddin (tengah), Hajiji (kanan) dan barisan tetamu kehormat yang lain merakamkan kenangan bersama peserta yang menyertai program itu. — Gambar Jabatan Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia