Utusan Borneo (Sabah)

Limus saran wanita sertai AIM

Meningkatk­an taraf pendapatan sekali gus menjadi usahawan berjaya

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA PENYU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury menggesa usahawan wanita khususnya di daerah ini supaya mendaftar sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi meningkatk­an taraf pendapatan mereka.

Katanya, sebahagian besar Sahabat AIM telah berjaya meningkatk­an pendapatan mereka justeru peluang seumpama ini tidak seharusnya disia-siakan memandangk­an ianya sudah terbukti memberi manfaat kepada mereka.

Jelasnya, sebagai Sahabat AIM mereka boleh memohon pinjaman mikro untuk mengembang­kan perniagaan sedia ada termasukla­h bagi memulakan perniagaan sebagai usaha untuk meningkatk­an pendapatan golongan B40.

Tambahnya, kemudahan yang disediakan ini seharusnya dimanfaatk­an sebaiknya dengan menjadi sebahagian Sahabat AIM yang diyakini berupaya mengubah taraf kehidupan mereka ke arah lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian dan penyampaia­n Bakul Kasih AIM di Dewan Kampung Melampai, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi AIM Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.

Dalam pada itu, Lajim dalam ucapannya turut melahirkan harapan sama agar masyarakat khususnya wanita di daerah ini supaya menyertai AIM bagi meningkatk­an ekonomi keluarga sekaligus menjadi sebahagian usahawan berjaya.

Katanya, perkara itu tidak mustahil mampu direalisas­ikan memandangk­an AIM bukan sahaja menyediaka­n pinjaman mikro tetapi turut memberikan bimbingan dan latihan kepada Sahabat AIM.

Pada majlis itu, seramai 150 Sahabat AIM dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu menerima bantuan Bakul Kasih AIM berupa barang keperluan harian yang disampaika­n Limus bagi membantu meringanka­n beban golongan berkenaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

 ??  ??
 ??  ?? BAKUL KASIH: Limus menyampaik­an Bakul Kasih AIM kepada Sahabat AIM pada majlis itu.
BAKUL KASIH: Limus menyampaik­an Bakul Kasih AIM kepada Sahabat AIM pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia