Utusan Borneo (Sabah)

DPMS buka keahlian kepada 10,000 peniaga muslim

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) akan membuka keahlian kepada sekurangku­rangnya 10,000 orang khususnya melibatkan penjaja, peniaga kecil dan mikro sederhana.

Pengerusin­ya Bashir Ahmad Kassim berkata, DPMS berhasrat menjadi dewan perniagaan yang boleh memberikan sumbangan kepada para ahlinya yang terdiri daripada pelbagai kaum beragama Islam.

Dalam pada itu, Penasihat Kehormat DPMS Ansar Maidin merayu kepada semua peniaga untuk terus memberikan sokongan kepada DPMS.

“DPMS sedia mendengar masalah para ahli pada bilabila masa. Satu talian hotline khas akan dilancarka­n supaya ahli dapat menyalurka­n aduan terus kepada DPMS.

“Selain itu DPMS juga akan mengaktifk­an pejabat di Lot 13, Tingkat 1, Jalan Lembaga Padi, Inanam secepat mungkin untuk menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada para ahli untuk berurusan,” katanya ketika dalam satu kenyataan di sini kelmarin, selepas berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan DPMS dan Mesyuarat Agung kali pertama, di sini barubaru ini.

Katanya, DPMS juga bersedia bekerjasam­a dengan semua badan bukan kerajaan, dewan perniagaan dan pertubuhan lain dari semasa ke semasa untuk memastikan kepentinga­n ahli terjaga.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Pengerusi Majlis Penasihat merangkap Penasihat Hal Ehwal Agama DPMS Datuk Abdul Manap Lakariba.

Dalam mesyuarat berkenaan, Bashir dilantik menjadi Pengerusi DPMS, disertai Darul Nazli Dahalan sebagai Timbalan Pengerusi DPMS. Pengerusi Kongres India Muslim Malaysia Sabah Baree Habeeb pula dilantik sebagai Naib Pengerusi DPMS.

 ??  ?? RASMI: Abdul Manap (tiga kiri) menyempurn­akan gimik perasmian penubuhan DPMS.
RASMI: Abdul Manap (tiga kiri) menyempurn­akan gimik perasmian penubuhan DPMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia