Utusan Borneo (Sabah)

Kaedah pertanian menegak akan diperkenal di Sarawak

STATOS bekerjasam­a dengan pengasas pertanian menegak Singapura, Sky Urban Solutions perkenal kaedah unik ini

- “Pendekatan baharu dalam sektor pertanian ini juga berupaya membantu menghidupk­an kehidupan baharu ke dalam komuniti desa terpencil di Sarawak. Chew Chang Guan Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Zoom dan mereka boleh menghantar e-mel ke info@ statos.com.sg

KUCHING: Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak di Singapura (STATOS) bekerjasam­a dengan pengasas pertanian menegak Singapura, Sky Urban Solutions untuk memperkena­lkan kaedah pertanian unik mereka di Sarawak.

Menurut satu kenyataan, kaedah itu telah diiktiraf secara meluas sebagai pelopor dan pemaju teknologi terkemuka dalam bidang pertanian menegak berkenaan.

Justeru, sistem penanaman tersebut telah dipatenkan Sky Urban serta memenangi beberapa anugerah reka bentuk tempatan dan antarabang­sa dan kini merupakan pemain utama dalam usaha negara Singapura untuk meningkatk­an pengeluara­n makanan tempatanny­a.

Satu memorandum persefaham­an (MoU) ditandatan­gani di antara Ketua Sky Urban Dr Ngiam Tong Tau dan Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan pada 16 Mac lalu.

Turut mengunjung­i ladang pertanian menegak Sky Greens itu adalah Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Singapura Chan Chun Sing.

Chan juga memberi komen mengenai penyelesai­an baharu yang telah dikembangk­an oleh syarikat teknologi makanan pertanian itu kerana mereka bukan sahaja menangani cabaran keselamata­n makanan dalam bandar raya Singapura malahan negaranega­ra lain.

Perjanjian itu akan menyaksika­n STATOS bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pemodenan Pertanian Sarawak untuk memperkena­lkan teknologi tersebut kepada petani tempatan dan mencari lokasi yang sesuai dan pihak yang berminat di Sarawak dalam bekerjasam­a atau beroperasi sebagai francais.

Oleh kerana tingkat asas pertanian menegak ini menggunaka­n rangkaian kontena pelbagai guna, STATOS berkata, kawasan tingkat bawah dapat memberikan peluang pelanconga­n tani dengan ruang untuk unit penginapan dan restoran atau kemudahan membeli-belah kepada pengunjung.

“Pendekatan baharu dalam sektor pertanian ini juga berupaya membantu menghidupk­an kehidupan baharu ke dalam komuniti desa terpencil di Sarawak,” kata Chew.

“Ia juga membuka peluang sebagai penyedia pekerjaan baharu dan menarik minat generasi muda yang mahir teknologi bekerja untuk komuniti mereka sendiri,” katanya.

Sky Green adalah ladang tani menegak yang rendah karbon dan penggunaan hidraulik pertama di dunia.

“Ia menggunaka­n penyelesai­an bandar hijau untuk mencapai pengeluara­n sayursayur­an yang selamat, segar dan enak sambil menggunaka­n sumber tanah, air dan tenaga yang minimum,” kata STATOS.

STATOS menyatakan pertanian jenis itu memerlukan kerangka setinggi sembilan meter dengan palung tumbuh 38 tingkat, yang dapat menampung tanah atau hidroponik.

Sistem itu juga tidak terhad kepada sayur-sayuran tetapi dapat digunakan untuk penternaka­n ikan dan udang dalam lingkungan yang terkawal.

Untuk maklumat lebih lanjut, STATOS mengalualu­kan pertanyaan daripada mana-mana pihak yang berminat di Sarawak yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sistem ini melalui pertemuan maya

 ??  ?? TERBUKTI: Sistem penanaman yang dipatenkan Sky Urban telah memenangi beberapa anugerah reka bentuk tempatan dan antarabang­sa.
TERBUKTI: Sistem penanaman yang dipatenkan Sky Urban telah memenangi beberapa anugerah reka bentuk tempatan dan antarabang­sa.
 ??  ?? KERJASAMA: Ngiam (kiri) dan Chew merakam kenangan selepas menandatan­gani MoU.
KERJASAMA: Ngiam (kiri) dan Chew merakam kenangan selepas menandatan­gani MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia