Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan khas kesan mudarat vaksin COVID-19

Dana permulaan RM10 juta untuk rakyat Malaysia, warga asing yang mendapat kesan sampingan serius

-

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntu­kkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia dan warga asing yang mendapat kesan sampingan serius setelah menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bantuan khas itu dibahagi kepada dua kategori iaitu bantuan khas RM50,000 sekiranya berlaku kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjang­an di hospital dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

Beliau ketika mengumumka­n perkara berkenaan berkata dana permulaan itu adalah di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tujuan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19.

“Bantuan khas ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkina­n jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, di sini semalam.

Bantuan khas itu juga diharapkan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungk­inan terjejas kesan daripada pengambila­n vaksin, katanya.

Dr Adham berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) menubuhkan tiga jawatankua­sa iaitu Jawatankua­sa Farmakovig­ilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID19, Jawatankua­sa Teknikal Perubatan dan Jawatankua­sa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 untuk menilai kesan sampingan.

Katanya, Jawatankua­sa Farmakovig­ilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID-19 akan memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi serta isu keselamata­n berkaitan vaksin, manakala Jawatankua­sa Teknikal Perubatan terdiri daripada pakar perubatan pula adalah bagi menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait (causal relationsh­ip) dengan vaksin COVID-19.

“Penilaian akan dibuat mengikut kes berdasarka­n bukti yang diterima dan laporan Jawatankua­sa Farmakovig­ilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID19,” katanya.

Satu lagi jawatankua­sa iaitu Jawatankua­sa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 pula berperanan meluluskan bantuan khas kewangan berdasarka­n keputusan keduadua jawatankua­sa tersebut, katanya.

“Ketiga-tiga jawatankua­sa bertindak serentak dan bantuan khas akan diberikan kepada penerima terkesan selepas dinilai yang mana urusan pembayaran dibuat oleh Nadma,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata 20 jenis kesan sampingan dilaporkan menerusi aplikasi MySejahter­a dan pusat pemerhatia­n di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga 18 Mac lepas antaranya pening, sesak nafas, loya, muntah, berdebar-debar, gatal, kebas, ruam dan sesak dada.

Beliau berkata individu yang menghadapi ketidaksel­esaan pada dada perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatia­n lanjut dan tidak dibenarkan keluar sementara menunggu untuk suntikan dos kedua selepas 21 hari.

Selain itu, Dr Adham menjelaska­n antara kesan sampingan normal selepas suntikan vaksin adalah sakit di tempat suntikan iaitu 80 peratus, keletihan dan kelesuan (60), sakit kepala (50) dan bengkak di tempat suntikan (10).

“Setakat hari ini tiada perkara luar biasa berlaku di Malaysia kerana vaksin COVID-19 dan kesan sampingan ringan yang dilaporkan tidak membimbang­kan,” katanya. —

Bantuan khas ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkina­n jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19. Datuk Seri Dr Adham Baba Menteri Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Dr Adham Baba ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Dr Adham Baba ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia