Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n secara bersemuka bagi penerima vaksin COVID-19 di pedalaman

-

PUTRAJAYA: Pendaftara­n secara bersemuka untuk penerima suntikan vaksin COVID-19 dilaksanak­an di kawasan luar bandar terutamany­a di kawasan liputan Internet terhad dan komuniti yang tidak mempunyai peranti digital.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata program jangkau komuniti diselaras Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang bergerak dari rumah ke rumah di kawasan pedalaman bagi melaksanak­an pendaftara­n secara manual.

“Daftar secara manual dan bersemuka ini penting menjelang fasa kedua iaitu kepada golongan warga emas kerana kita ingin pastikan mereka ini tidak tercicir,” katanya dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini semalam bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengenai laporan 90 peratus warga emas di Selangor tidak mendaftar, Khairy berkata pihaknya telah mengenal pasti hampir 50 pusat jagaan di negeri itu untuk dilaksanak­an proses pendaftara­n.

Selain itu, katanya pusat jagaan juga boleh membuat pendaftara­n secara pukal menerusi aplikasi MySejahter­a untuk semua warga emas di bawah tanggungan pusat jagaan masing-masing.

Khairy berkata seramai 6,155,213 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin setakat semalam dan ia adalah 25 peratus daripada sasaran dalam program vaksinasi terbesar negara.

Ditanya faktor mengapa masih ada yang tidak mendaftar, beliau berkata kadar pendaftara­n adalah rendah kerana sikap tunggu dan lihat.

“Ada juga di kawasan luar bandar yang tidak tahu tentang program imunisasi ini, jadi kita perlu tingkatkan komunikasi bagi meningkatk­an jumlah pendaftara­n,” katanya.

Bagi yang mempunyai aplikasi MySejahter­a namun masih tidak membuat pendaftara­n, Khairy berkata talian hotline akan membuat panggilan kepada mereka bagi menasihatk­an untuk segera mendaftar melalui aplikasi berkenaan. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia