Utusan Borneo (Sabah)

PDRM bersiap sedia susulan kenyataan Kim Yu-Song: KPN

-

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkina­n dan ugutan yang dilakukan terhadap Malaysia, susulan kenyataan yang diberikan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song, kelmarin.

“Orang yang tengah marah macam begitulah perkataan yang keluar, tetapi kalau dia ada di sini mungkin kita akan ambil tindakan tetapi sebab dia sudah pergi pun, biarlah dia pergi,” katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Yu-Song, yang mengatakan Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan itu apabila mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

“Kita terima macammacam ugutan pun, tetapi di pihak keselamata­n kita berjaga-jaga untuk pelbagai kemungkina­n dan sejarah menyatakan sedemikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Kelmarin, kesemua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia, berlepas pulang ke negara mereka susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat, untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Pada Jumaat, Pyongyang mengumumka­n ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradi­si ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataann­ya berkata, ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak 2017.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdaganga­n hinggalah pada 2017, apabila Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia.

Sementara itu, polis membuka kertas siasatan terhadap sepasang suami isteri instafamou­s kerana dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatka­n kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu.

KetuaPolis­DaerahWang­sa Maju Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan semalam berkata pihaknya telah menjalanka­n siasatan menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarka­n keterangan yang diberikan oleh pasangan itu ketika dipanggil memberi keterangan Sabtu lepas.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri berikutan mereka didapati membuat persiapan dan tempahan hotel awal secara dalam talian pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwina­n pada 17 Mac tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka terhadap kedua-dua individu tersebut di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh dikompaun sehingga RM10,000. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia