Utusan Borneo (Sabah)

Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat

-

KUALA LUMPUR: Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanak­an projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamata­n pekerja dan orang awam.

“Dalam pelaksanaa­n projek, jika misalnya nak alihkan ‘gantry launcher’, jalan perlu ditutup, jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) ProjekProj­ek di bawah pelaksanaa­n Kementeria­n Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia, di sini semalam.

Beliau mengulas kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai pagi semalam, yang menyebabka­n tiga pekerja maut.

Melalui siasatan awal, ia berpunca apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan.

Meluahkan kekecewaan­nya, Fadillah berkata kontraktor projek telah berkalikal­i dinasihatk­an supaya mematuhi SOP, namun kejadian serupa masih berulang, justeru beliau menggesa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menyiasat dan jika kontraktor didapati tidak mematuhi SOP tindakan tegas akan diambil.

“Kontraktor ini boleh disenarai hitam, tidak diberi projek langsung selama dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) sebagai badan yang memantau dan agensi berkaitan, juga digesa menyiasat secara terperinci kejadian tersebut.

Sementara itu dalam majlis tersebut, Fadillah menyerahka­n SST tujuh projek bernilai setengah bilion kepada wakil kementeria­n terlibat.

Projek tersebut ialah projek Jajaran ‘Central Spine Road’ (CSR) dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Raub, Pahang sepanjang 15 kilometer yang bernilai RM297.69 juta.

Selain itu projek pembinaan fasa kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak, projek membaik pulih dan menaik taraf masjid negara (Fasa) 3, dan projek kuarters Hospital Pulau Pinang.

Projek lain ialah projek membina dan menyiapkan baki kerja Klinik Kesihatan dan kuarters serta kerja-kerja berkaitan di Bukit Ibam, Rompin Pahang.

Ia juga melibatkan projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun Terengganu, dan projek cadangan menaik taraf Pusat Latihan Kemas Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu. —

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS KESELAMATA­N: Para pekerja kontraktor kelihatan melakukan kerja-kerja pembinaan jalan raya di sekitar Jalan Tun Razak, di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama FOKUS KESELAMATA­N: Para pekerja kontraktor kelihatan melakukan kerja-kerja pembinaan jalan raya di sekitar Jalan Tun Razak, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia