Utusan Borneo (Sabah)

Jangan menyelinap keluar dari kawasan dikenakan PKPD

Ia bukan sahaja bahayakan diri sendiri bahkan masyarakat luar kerana berpotensi sebar virus COVID-19 kepada orang lain

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) tidak seharusnya cuba menyelinap keluar dari kawasan dikenakan PKPD menerusi ‘jalan tikus’ .

Beliau berkata tindakan tersebut bukan sahaja membahayak­an individu itu sendiri bahkan masyarakat luar kerana berpotensi menyebarka­n virus COVID-19 kepada orang lain.

“Cubaan menyelinap keluar dari kawasan PKPD bukan perkara baharu atau pertama kali berlaku. Pengalaman kita memang ada yang guna jalan tikus, memang betul.

“Apabila ini berlaku, maka kita juga akan pastikan jalan tikus ini disekat dan berdasarka­n pengalaman sebelum ini,

PKPD dilaksanak­an tetapi lupa untuk meletakkan agensi penguat kuasa di jalan-jalan sungai.

“Tetapi kali ini, untuk PKPD di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah, pihak Polis Marin juga ditugaskan di kawasan sungai (Sungai Sarawak),” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bilik Operasi PKPD Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah di sini semalam.

Fatimah berkata demikian bagi mengulas isu yang viral dalam media sosial mengatakan penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah yang dikenakan PKPD cuba menyelinap keluar menerusi ‘jalan tikus’.

Beliau bagaimanap­un berkata situasi itu berjaya dikawal pihak penguat kuasa yang berkawal di setiap jalan masuk dan keluar ke keduadua kampung berkenaan termasuk jalan air (sungai).

Ditanya mengenai laporan petugas kesihatan dikasari penduduk kampung berkenaan dengan dilontar dengan batu, beliau berkata tindakan itu mungkin disebabkan penduduk tertekan serta kecewa dengan situasi dihadapi.

“Kita berharap perkara ini tidak berulang kerana petugas kesihatan ini hanya melaksanak­an tugas.

“Memang ujian calitan agak sakit atau tidak selesa, tetapi ia perlu dilakukan. Kita berharap penduduk di sini khasnya faham dan memberi kerjasama penuh kepada petugas kesihatan,” katanya.

Beliau memberitah­u disebabkan insiden tersebut, petugas kesihatan diiringi polis setiap kali hendak melakukan ujian calitan di rumah-rumah penduduk terbabit.

Sementara itu Fatimah berkata beliau berpuas hati dan gembira bekalan makanan untuk Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah mencukupi serta diurus dengan baik sejak PKPD dikuatkuas­akan 16 Mac lalu.

“Bakul makanan telah diserahkan pada 16 Mac lalu dan hari ini bekalan tambahan. Ia diberi berdasarka­n jumlah ahli keluarga bagi memastikan pengagihan­nya

Cubaan menyelinap keluar dari kawasan PKPD bukan perkara baharu atau pertama kali berlaku. Pengalaman kita memang ada yang guna jalan tikus, memang betul. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

dilakukan dengan adil,” jelasnya sambil menambah, sebanyak 4,064 bungkus makanan diserahkan kepada penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

PKPD di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah mula dilaksanak­an pada 16 Mac 2021 berikutan peningkata­n kes COVID-19 di situ.

Ia dijadual tamat pada 29 Mac 2021, bagaimanap­un bergantung kepada laporan dan rekomendas­i daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

 ??  ?? DENGAR: Fatimah (tengah) mendengar taklimat daripada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semasa mengadakan lawatan ke Bilik Operasi PKPD Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah semalam.
DENGAR: Fatimah (tengah) mendengar taklimat daripada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semasa mengadakan lawatan ke Bilik Operasi PKPD Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia