Utusan Borneo (Sabah)

Tiga murid positif COVID-19, SJKC Tung Hua ditutup sementara

-

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tung Hua di sini ditutup mulai semalam sehingga diberitahu kelak, setelah tiga muridnya diuji positif COVID-19, kata Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee.

Beliau mendedahka­n bahawa ketiga-tiga murid terbabit adalah daripada tiga kelas yang berbeza dan Pejabat Kesihatan Bahagian telah melakukan ujian calitan untuk semua kontak rapat termasuk guru jam 10 pagi semalam.

“Ketiga-tiga murid adalah daripada kelas yang berbeza dan pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu melakukan ujian calitan untuk semua kontak rapat termasuk guru jam 10 pagi semalam.

“Ujian calitan akan berlangsun­g selama kira-kira satu jam dan semoga hasilnya dapat diketahui pada keesokan harinya.

“Gurubesart­elahmenyia­pkan senarai (bagi mereka yang akan menjalani ujian calitan),” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Beliau juga berkata, pihak bomba akan melakukan operasi nyah cemar di sekolah tersebut.

“Nasihat tegas saya adalah jangan datang ke sekolah jika ada gejala.

“Kami meminta kerjasama ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah jika mereka berasa tidak sihat,” kata Dr Annuar.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata lagi, SJK Methodist di sini baru-baru ini telah diarahkan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak setelah seorang guru yang bergejala diuji positif COVID-19.

Bagi SK Abang Ali dan SK St Mary, beliau menjelaska­n penutupan sekolah-sekolah ini adalah untuk mempermuda­h usaha mengekang Kluster Jalan Awang dan Hilir, bukan kerana ada kes.

Dr Annuar menegaskan bahawa setiap orang mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat untuk mengekang penularan penyakit ini.

“Seperti yang saya katakan di Facebook setiap hari, kami memiliki kesempatan untuk meratakan lekuk COVID-19 di Sibu jika tidak ada peningkata­n jumlah kes dalam beberapa minggu mendatang.

“Atas sebab itu, orang Sibu harus memainkan peranan mereka dalam menyekat penularan COVID-19 dengan mematuhi SOP,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu baru-baru ini memaklumka­n di laman Facebookny­a bahawa lapan sekolah rendah iaitu SK St Rita, SJK Sacred Heart Chinese, SJK Uk Daik, SJK Chung Sing, SK Sentosa, SK Sungai Durin, SK Ulu Durin Kiba dan SK Sungai Naman di mana penangguha­n sesi persekolah­an pada mulanya sehingga 19 Mac, akan dilanjutka­n sehingga 26 Mac.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia