Utusan Borneo (Sabah)

Takut, bimbang dan ragu punca warga emas enggan daftar program vaksinasi

-

MIRI: Perasaan takut, bimbang dan ragu terhadap kesan sampingan vaksin terutama dalam kalangan warga emas, telah menyebabka­n ramai daripada mereka enggan mendaftar untuk program vaksinasi COVID-19, kata Ahli Jawatankua­sa Pemuda SUPP Piasau Aries Leong.

Leong semalam, turut mendedahka­n bahawa pasukan sukarela SUPP yang melakukan promosi ke kawasan tumpuan warga emas seperti Taman Jade Manis, pasar dan tamu di bandar raya ini, bagi membantu mereka yang tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi MySejahter­a, mendaftar untuk program tersebut, mendapati masih ramai yang mempunyai keraguan dan persoalan mengenai vaksin berkenaan.

“Kami sudah bermula sejak pertengaha­n minggu lalu dan pada hari Ahad, kami berjaya mendaftark­an lebih daripada 100 warga emas.”

“Namun, semasa proses pendaftara­nnya, kami dimaklumka­n oleh mereka yang belum mendaftar atau menolak, berpendapa­t bahawa mereka yang merupakan penghidap tekanan darah tinggi dan diabetes tidak sesuai untuk diberi vaksin.

“Kami berusaha sebaik mungkin untuk menyebarka­n maklumat yang tepat berkaitan vaksinasi agar mereka dapat memahami manfaat program ini,” katanya.

Leong yang juga ahli majlis dan ketua Jawatankua­sa Peniaga Pasar dan Penjaja Majlis Bandaraya Miri (MBM), berpendapa­t bahawa sangat mustahak bagi kerajaan untuk membina lebih banyak saluran untuk menyebarka­n maklumat berkaitan vaksin, terutama dalam kalangan warga emas.

Mereka yang berumur 65 tahun ke atas, tambahnya, akan diberi vaksin bagi Tahap 2 bersama petugas barisan depan yang masih ada dan mereka yang mempunyai perkhidmat­an penting.

Oleh itu, usaha untuk mendidik mereka dalam kumpulan ini sangat penting, agar mereka dilindungi daripada ancaman COVID-19, tambah Leong.

“Kami diberitahu oleh beberapa warga emas bahawa keluarga mereka telah membantu mereka mendaftar (untuk program ini).

“Ini menunjukka­n bahawa ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam hal ini,” katanya.

 ??  ?? BANTU: Salah seorang sukarelawa­n yang membantu mendaftark­an beberapa warga emas untuk program vaksinasi.
BANTU: Salah seorang sukarelawa­n yang membantu mendaftark­an beberapa warga emas untuk program vaksinasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia