Utusan Borneo (Sabah)

Kombinasi meter pintar dan MyTNB bantu kawal penggunaan elektrik

-

KUALA LUMPUR: Gabungan penggunaan meter pintar bersama aplikasi MyTNB mampu membantu pengguna kediaman mengawal penggunaan elektrik sekali gus dapat mengelakka­n pembaziran.

Pengarah Projek Advanced MeteringIn­frastructu­re(AMI) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Mohamed Ghous Ahmad berkata hasil kajian dijalankan di Melaka pada tahun lepas mendapati, kesemua 24 peratus pengguna meter pintar di negeri itu yang memantau penggunaan elektrik di rumah melalui MyTNB dapat menurunkan kadar bil elektrik berikutan mereka mengubah tabiat penggunaan bagi menjimatka­n elektrik.

“Meter pintar berfungsi sebagai jangka yang mengukur aliran tenaga elektrik dan menghantar maklumat penggunaan ke pusat penyimpana­n data TNB setiap hari.

“Informasi penggunaan elektrik ini boleh diakses pengguna di MyTNB bagi membantu mereka merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan cekap serta cermat,” katanya ketika ditemu ramah Bernama barubaru ini.

Untuk rekod, kerajaan memilih Melaka sebagai negeri pertama melaksanak­an pemasangan meter pintar dengan lebih 360,000 telah dipasang sejak 2014 dan pemasangan meter berkenaan kini giat dilaksanak­an di Lembah Klang.

Aplikasi MyTNB adalah aplikasi mudah alih percuma untuk menguruska­n akaun elektrik pengguna TNB. Ia boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery manakala portal MyTNB boleh dilayari di www. mytnb.com.my. Sehingga Feb 2021, lebih 4.8 juta akaun pengguna berdaftar telah menggunaka­n aplikasi MyTNB.

Menurut Mohamed Ghous pengguna yang tidak memiliki meter pintar juga boleh menjejak penggunaan tenaga masing-masing menggunaka­n aplikasi ini tetapi hanya secara bulanan.

Setakat ini, katanya pemasangan meter pintar telah melebihi 1 juta unit dan ia diteruskan kepada kesemua 9.1 juta pengguna di Semenanjun­g Malaysia menjelang 2026.

Katanya, pemasangan meter pintar yang lebih meluas ini diharap dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh semua pengguna ke arah mengubah tabiat penggunaan elektrik secara lebih cekap dan berhemah.

TNB adalah ejen pelaksana program pemasangan meter pintar bagi menyokong hasrat kerajaan memperkasa pengguna dan meningkatk­an pendigital­an dalam kalangan rakyat. Ia dilaksanak­an di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR). —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia