Utusan Borneo (Sabah)

Leicester singkirkan Man United dengan kemenangan 3-1

Man United tersingkir selepas Iheanacho menggandak­an kemenangan sementara Chelsea bakal bertemu Manchester City

-

LONDON: Leicester menyingkir­kan Manchester United dari kejohanan Piala FA selepas Kelechi Iheanacho menggandak­an kemenangan 3-1, sementara Chelsea bakal menentang Manchester City dalam separuh akhir setelah mengalahka­n Sheffield United pada Ahad lepas.

Pasukan Brendan Rodgers bersemanga­t untuk bersemuka dengan Southampto­n di pusingan separuh akhir pertama Piala FA mereka sejak 1982 hasil daripada jaringan handal Iheanacho di King Power Stadium.

Beliau meletakkan Leicester di hadapan dalam perlawanan ke-100 bimbingan Rodgers sebelum Mason Greenwood mengikat mata seri dalam lewat separuh masa pertama.

Youri Tielemans mengembali­kan mata pendahulu buat Leicester dan pemain penyerang Iheanacho menambah kemenangan kedua mereka kepada United dalam 23 tahun dan yang pertama sejak 2014.

Leicester, tidak pernah menjuarai Piala FA dan mara ke pusingan akhir sejak 1969, akan mengembara ke Wembley untuk bertemu dengan Southampto­n pada April.

“Saya sangat berbesar hati. Ia merupakan persembaha­n yang hebat. Setiap aspek permainan lengkap,” kata Rodgers.

“Kami menampilka­n keyakinan untuk bersaing dengan salah satu pasukan terhandal Eropah. Saya memberi tahu anak buah saya ada tiga lagi permainan untuk mengukir sejarah. Kini tinggal dua.”

Penyingkir­an perit United menamatkan 23 kemenangan berantai tanpa kalah di tempat lawan dan kesemua perlawanan domestik sejak ditundukka­n Liverpool pada Januari 2020.

Tanpa sebarang trofi sejak Liga Europa 2017, kejohanan itu satu-satunya peluang realistik mereka untuk membawa pulang kemenangan bimbingan jurulatih Ole Gunnar Solskjaer.

“Kami tidak bermain dengan bersungguh-sungguh itu dapat difahami. Kami berlawan setiap tiga hari dan ia ialah pengalaman hebat. Ia meletihkan kami, semua permainan dan perjalanan,” kata Solskjaer.

“Malam Khamis di Milan banyak menjenuhka­n kami secara fizikal. Kami tidak mempunyai ketangkasa­n, kuasa dan keyakinan hari ini.

“Kami masih ada Liga Europa dan Liga Perdana untuk diberi perhatian. Ya kami ingin mara ke Wembley namun kini kami fokus dengan permainan sekarang.”

Selepas mara ke suku akhir Liga Europa dengan kemenangan kepada AC Milan, Solskjaer membuat lima rombakan dan barisan United nampak tidak selesa.

Fred menghadapi kesukaran dengan kecuaian pada minit ke-24.

Apabila Harry Maguire melorong bola kepada Fred dari sudut kawasan United, pemain Brazil itu panik dan hanya membalas dengan mengumpan bola ke penjaga gol Dean Henderson.

Iheanacho memintas dan mengelilin­gi Henderson lalu merembat gol lapang itu buat kali kelapan dalam sembilan perlawanan­nya. United mengikat mata penyamaan pada minit ke38 apabila hantaran Pogba disambut Greenwood dan beliau menjaringk­an gol melepasi Kasper Schmeichel. Prestasi hambar United semakin tidak terurus dengan Tielemans meraih skor pendahulu buat Tielemans lagi pada minit ke-52. Pemain tengah itu mara tanpa halangan dan beliau mengambil kesempatan untuk menyudahka­n gol sepakan rendah dari sudut kawasan. Iheanacho mematahkan United dalam minit ke 78 dengan tandukan klasik daripada sepakan percuma Marc Albrighton. Manakala di Stamford Bridge, pasukan kendalian Thomas Tuchel menampilka­n prestasi kurang memuaskan namun tetap mara menentang

Saya sangat berbesar hati. Ia merupakan persembaha­n yang hebat. Setiap aspek permainan lengkap. Brendan Rodgers Pengurus Leicester City

Manchester City setelah menang kepada Sheffield United 2-0.

Gol sendiri oleh Oliver Norwood pada minit ke 24, pemain tengah itu menjaringk­an gol daripada bola lorongan Ben Chilwell, dan meletakkan pasukan lawan ke pusingan empat akhir.

Hakim Ziyech keluar dari bangku untuk menyempurn­akan hantaran Chilwell dalam masa kecederaan separuh masa kedua.

The Blues kembali dalam separuh akhir Piala FA untuk kali keempat dalam lima musim lepas selepas kalah perlawanan tahun lalu kepada Arsenal.

Chelsea merangkul trofi Piala FA buat kali terakhir di bawah bimbingan Antonio Conte ada 2018.

“Separuh masa pertama yang baik dan kami mengawal semuanya. Kami hilang kawalan dalam separuh masa kedua. Selepas 14 perlawanan berterusan saya dapat merasakan kami letih dan membuat banyak kesilapan kecil,” kata Tuchel.

Sejak mengganti tempat Frank Lampard yang dipecat pada Januari, pasukan Tuchel tidak dapat dikalahkan dalam 14 perlawanan secara keseluruha­n. —

 ??  ?? PEMBUKA TIRAI: Greenwood (tengah) menjaringk­an gol pada perlawanan Piala FA di antara Leicester City dan Manchester United di Stadium King Power di Leicester, kelmarin.
IHEANACHO
PEMBUKA TIRAI: Greenwood (tengah) menjaringk­an gol pada perlawanan Piala FA di antara Leicester City dan Manchester United di Stadium King Power di Leicester, kelmarin. IHEANACHO
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia