Utusan Borneo (Sabah)

Messi raih dua gol, Barca berpesta benam Sociedad 6-1

-

MADRID: Lionel Messi meraih gol dua kali pada Ahad menyaksika­n Barcelona membelasah Real Sociedad 61 sekaligus memberi tekanan kepada Atletico Madrid, yang mara melepasi Alaves selepas Jan Oblak menafikan cubaan penalti lewat.

Halangan Oblak pada minit ke-86 memastikan gol ke-500 Luis Suarez memadai untuk kemenangan 1-0 di Wanda Metropolit­ano, meletakkan jurang pendahulu La Liga kekal empat mata, berbaki 10 perlawanan.

Namun rentak permainan antara Atletico dan pasukan tempat ke-19 Alaves berbanding Barca mengasak Real Sociedad menjelaska­n beza momentum antara pasukan dalam kejohanan Sepanyol itu.

Atletico berharap jaringan yang diselamatk­an Oblak boleh menjadi titik pengubah selepas beberapa minggu yang sukar, manakala selepas rehat kebangsaan mampu membuka peluang kepada anak buah Diego Simeone untuk berehat dan kembali segar dalam persaingan.

“Ada sesetengah permainan yang akan membuat kamu menderita namun itulah yang memberikan keseronoka­n dalam bola sepak,” tambah Oblak.

Simeone menambah: “Seperti semua pasukan hebat, akan ada pasukan yang menjaringk­an gol banyak dan juga akan ada pasukan yang membuat banyak halangan. Kedua-dua pasukan ini memberi cabaran dan itulah yang menjadikan mereka semakin kuat.”

Barcelona melangkah mudah, berbekalka­n enam gol melawan Real Sociedad setelah mempamerka­n barisan serangan yang tangkas dan mungkin yang terbaik sejak Ronald Koeman mengambil alih.

“Anak didik saya telah berkembang banyak,” kata Koeman. “Kami bermain banyak perlawanan tanpa kalah dalam liga, dan itu merupakan satu-satunya jalan untuk bersaing mendapatka­n gelaran juara.

“Namun kami masih ketinggala­n dengan Atleti, dan Real Madrid lebih kuat. Kami harus teruskan sampai akhir.”

Messi menjaringk­an gol ke-11 dan ke-12 dalam 10 perlawanan, yang juga jumlah keseluruha­n gol ke-16 dalam 12 pusingan tahun ini. Pemain 33 tahun itu juga kini memecah rekod Xavi Hernandez dalam 767 permainan untuk Barcelona, dalam perlawanan dengan Huesca pada Isnin lalu.

Bukan Messi sahaja melonjakka­n keputusan di Reale Arena, Sergino Dest juga memberi dua gol sebelum dan selepas separuh masa selepas Antoine Griezmann merembat masuk mata pembuka.

Ousmane Dembele dan pemain Real Sociedad Ander Barrenetxe­a dari menampilka­n gol terhebat malam itu yang dijaringka­n sebelum gol kedua Messi semasa separuh akhir kedua.

Bagi Barcelona, ini ialah kemenangan kesembilan berterusan mereka di padang lawan, dan bakal meraih yang kesepuluh jika mereka berjaya menang kepada Real Madrid di Clasico pada 10 April.

Dest sudah membuat percubaan namun tersasar ke tiang lalu Messi mengumpan kepada Jordi Alba ke sudut kiri tetapi sepakan Dembele dinafikan, Griezmann berada di posisi tepat untuk menyempurn­akan bola muntah itu.

Marc-Andre ter Stegen menembus pertahanan lemahnya dengan menghalang hantaran rendah Alexander Isak namun pertahanan Real Sociedad hanyalah sementara.

Messi melorong bola kepada Dest untuk merembat masuk pintu gol diikuti Alba yang mara dari belakang padang dan pemain Amerika itu mencatat gol ketiga.

Messi menyelinap ke belakang dalam permulaan separuh masa kedua, menyempurn­akan bola daripada Sergio Busquet ke sudut atas, sebelum Dembele membuat jaringan tanpa halangan dan dengan mudahnya menghantar bola terus masuk ke sudut jauh gol.

Barrenetxe­a menambah mata buat pasukannya dan dengan licik berjaya melepasi Frenkie de Jong lalu terus menyepak kuat ke dalam sudut atas tetapi Messi berjaya membuat gol penutup, dengan hantaran kemas dan melengkung terus ke dalam gawang.

Messi kekal mendahului Suarez dalam La Liga dalam carta penjaring gol, sungguhpun pemain Uruguay itu berjaya membuat gol cantik sembilan minit dalam perlawanan menentang Alaves.

Thomas Lemar mengarah bola ke sudut Marcos Llorente, dan Kieran Trippier bergegas ke belah kiri lalu melorong bola lengkung menuju ke tiang gol, serta Suarez menyudahka­n gol dengan tandukan.

Namun tanpa gol kedua, Alaves membazirka­n banyak peluang terutamany­a pada peluang keemasan selepas Stefan Savic mengasari Luis Rioja dalam kawasan penalti.

Joselu membuat sepakan ke arah kirinya namun apabila Oblak mengelak ke arah kanan, kaki beliau terkena bola dan terus memuntahka­n bola itu semula keluar garisan. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia