Utusan Borneo (Sabah)

Tottenham bersemanga­t kembali selepas berjaya mengalahka­n Villa 2-0

-

BIRMINGHAM: Tottenham kembali selepas dikejutkan dengan penyingkir­an Liga Europa apabila ditewaskan Dinamo Zagreb dengan bangkit menentang Aston Villa 2-0 pada Ahad dan menyemarak­kan semula harapan untuk kembali ke empat teratas Liga Perdana.

Salah satu jalan ke Liga JuaraJuara musim depan buat Spurs lenyap dengan dalam perlawanan mengecewak­an di ibu kota Croatia apabila skuad Mourinho kalah 0-3 selepas m a s a kecederaan dan melepaskan skor pendahulua­n

2-0 dalam pusingan pertama.

Cara menerima kekalahan dan kekasaran kata Mourinho dan kapten Hugo Lloris menimbulka­n spekulasi berapa lama lagi bekas jurulatih Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu akan diberi masa untuk mengubah nasib Tottenham.

Mourinhome­mbuatlapan pertukaran dalam cubaan untuk merancakka­n permainan dan berjaya mendapat respon yang diperlukan, sungguhpun persembaha­n itu masih jauh daripada yang dimahukan.

Carlos Vinicius berganding dengan Harry Kane dalam pertukaran 4-4-2, dan juga Gareth Bale dan Dele Alli dikeluarka­n ke bangku walaupun tanpa kehadiran Son Heung-min akibat kecederaan.

Villa juga bermain tanpa pemain utama mereka Jack Grealish akibat kecederaan dan lagi sekali pertukaran beliau tidak berhasil apabila anak didik Dean Smith mendominas­i permainan sebelum rehat tanpa membuahkan banyak peluang percubaan.

Dalam enam perlawanan sejak kecederaan kaki Grealish, Villa hanya berjaya meraih empat mata daripada lima perlawanan dan gagal untuk berada di empat teratas.

Spurs tidak mengancam sehingga satu hantaran jauh ke sudut atas membuka mata Villa dalam minit ke-29. Emiliano Martinez bergegas ke luar kotaknya untuk menghalang, namun bola itu jatuh ke Lucas Moura terus melorong bola kepada Kane sebelum ke Vinicius yang merembat masuk gol pertama beliau dalam Liga Perdana sejak menyertai sebagai pemain pinjaman daripada Benfica pada Oktober. Setelah mendapat gol pembuka, pasukan pelawat itu semakin bagus pada separuh masa kedua.

Kane menampakka­n cubaannya dari tepi gol dihalang Matty Cash dengan melanggarn­ya, dan Spurs dihadiahka­n sepakan penalti pada 22 minit sebelum masa tamat.

Pengadil menunjuk spot penalti dan disempurna­kan Kane untuk gol ke 27 beliau dalam musim ini. Masih ada harapan buat Tottenham dalam sembilan lagi perlawanan liga dan mereka menaiki tangga keenam dan menghampir­i tiga mata di belakang kumpulan tempat keempat Chelsea.

Villa jatuh di tempat kesepuluh, masih sepuluh mata daripada Chelsea. —

 ??  ?? VINICIUS
VINICIUS
 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Kane menjaringk­an gol kedua buat pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park di Birmingham, kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Kane menjaringk­an gol kedua buat pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park di Birmingham, kelmarin.
 ?? RAI: Dest meraikan kemenangan dengan Messi (belakang) selepas menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Sepanyol di antara Real Sociedad dan Barcelona di stadium Anoeta di San Sebastian, kelmarin. — Gambar AFP ??
RAI: Dest meraikan kemenangan dengan Messi (belakang) selepas menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Sepanyol di antara Real Sociedad dan Barcelona di stadium Anoeta di San Sebastian, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia