Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC raih kemenangan pertama

Menewaskan Terengganu 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Likas

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah FC menebus empat kegagalan sebelum ini dengan menjadikan Terengganu FC (TFC) mangsa pertama kebangkita­nnya meraih mata penuh dengan kemenangan 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Likas malam Ahad.

Kedua-dua gol Sabah FC dijaringka­n pada separuh masa pertama menerusi Levy Madinda pada minit ke-38 dan Sam Johnson (minit 42).

Levy menyempurn­akan sepakan penalti yang dihadiahka­n kepada Sabah FC selepas percubaan menerusi tandukan Park Tae Su sebelumnya terkena tangan salah seorang pertahanan TFC.

Empat minit kemudian, Sam menggandak­an jaringan Sabah FC dengan menolak masuk umpanan Levy di depan gawang.

Usaha TFC untuk balik dengan sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian apabila hanya mampu menghasilk­an satu gol pada separuh masa kedua menerusi Jordan Mintah pada minit ke-78.

Ia adalah keputusan berharga buat Sabah FC kerana mereka bukan sahaja menamatkan kebuntuan kemenangan tetapi turut keluar dari zon penyingkir­an serta memastikan jarak untuk mengejar pasukan di atas tidak semakin jauh.

Kemenangan yang memberikan mata keempat itu menyaksika­n Sabah FC naik satu tangga ke kedudukan ke-10 dalam kalangan 12 pasukan manakala TFC kekal di tangga kedua dengan 10 mata.

Takhta liga masih dikuasai juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 11 mata. JDT seri 2-2 dengan Perak FC manakala PJ City FC menang 1-0 ke atas Sri Pahang dalam dua lagi perlawanan yang berlangsun­g malam Ahad.

Sambil itu, ketua jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto berharap kemenangan pertama itu menyemarak­kan semangat pasukan untuk terus bangkit memburu lebih banyak kemenangan.

Kurniawan berkata, mereka perlu terus fokus dan bekerja keras memperting­katkan prestasi kerana saingan masih panjang dan akan terus menjadi lebih sengit selepas ini.

Mengenai kemenangan ke atas TFC, Kurniawan berkata, ia adalah hasil kerja keras pemain beraksi pada tahap sebenar mereka meskipun berhadapan tekanan selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.

“Syukur pada Tuhan, tiga mata ini sangat berharga meskipun menghadapi tekanan untuk mencapai kemenangan beraksi di Stadium Likas malam ini.

“Ternyata pemain kita mengetepik­an tekanan lalu fokus kepada perlawanan sehingga menghasilk­an kemenangan pertama yang sangat dinanti-nantikan oleh semua,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Kurniawan berkata, bukan mudah bermain dalam tekanan. Tambahan pula TFC datang dengan rekod tanpa kalah empat perlawanan sebelumnya.

“Beberapa pemain kita juga di lihat mengalami kecederaan namun Alhamdulil­lah pemain Sabah FC sangat berdisipli­n serta melaksanak­an tanggungja­wab mereka untuk beraksi cemerlang sekaligus mengutip tiga mata yang sangat berharga,” katanya.

Kurniawan berkata, tempoh

Syukur pada Tuhan, tiga mata ini sangat berharga meskipun menghadapi tekanan untuk mencapai kemenangan beraksi di Stadium Likas malam ini. Kurniawan Dwi Yulianto Ketua jurulatih Sabah FC

lebih panjang sebelum perlawanan seterusnya akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk mempermant­apkan lagi pasukan.

Sabah FC akan meneruskan cabaran menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur pada 3 April.

SABAH: Robson Rendy Rining, Rawilson Batuil (Mafry Balang), Dendy Lowa (Randy Baruh), Risto Mitrevski, Park Tae Su, Levy Madinda (Sabri Sahar), Alsto Linus, Maxsius Musa (Mohd Amri Yahyah ), Mohd Syukri Baharun, Saddil Ramdani dan Sam Jonson.

TFC: Muhd Rahadiazli Rahalim,

Mohd Arif Fadzilah, Muhd Shahrul Nizam (Christophe­r Herd), Carlos Alberto, Mohd Faisal (Muhd Arif Anwar), Makan Konate, Mohd Faiz Nasir (Mohd Hakimi), Muhd Sharin Sapien (Nik Akif Syahiran), Muhd Azarul Nazarith (Mohd Rahmat Makasuf) , Dechi Marcel dan Jordan Mintah.

 ?? — Gambar Media SAFA ?? GOL KEMENANGAN: Reaksi Sam (tiga dari kiri) selepas menjaringk­an gol kemenangan Sabah FC ketika menentang TFC pada saingan Liga Super di Stadium Likas, Ahad lalu. Sabah menang perlawanan itu 2-1.
— Gambar Media SAFA GOL KEMENANGAN: Reaksi Sam (tiga dari kiri) selepas menjaringk­an gol kemenangan Sabah FC ketika menentang TFC pada saingan Liga Super di Stadium Likas, Ahad lalu. Sabah menang perlawanan itu 2-1.
 ?? — Gambar Media SAFA ?? GOL SEMANGAT: Levy (dua dari kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan-rakan.
— Gambar Media SAFA GOL SEMANGAT: Levy (dua dari kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan-rakan.
 ??  ?? KURNIAWAN
KURNIAWAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia