Utusan Borneo (Sabah)

Impian SUFC untuk merekodkan kemenangan keempat tidak kesampaian

-

KUCHING: Impian pasukan Sarawak United FC (SUFC) untuk merekodkan kemenangan keempat berturuttu­rut tersekat apabila diikat Terengganu FC II (TFC) tanpa jaringan pada aksi Liga Perdana Malaysia 2021 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam Ahad lalu.

Ketua jurulatih Sarawak United E.Elavarasan Elangowan berkata, meskipun kecewa dengan keputusan seri 0-0 itu namun perjalanan SUFC dalam liga tersebut masih jauh.

“Saya rasa kedua-dua pasukan tidak senang dengan keputusan ini kerana kalau kita lihat keseluruha­n perlawanan, kedua-dua pasukan boleh menjaringk­an gol (untuk menang).

“Tetapi kita berjaya mengutip satu mata dan perjalanan kita masih jauh kerana masih ada 18 perlawanan lagi,” katanya selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, beliau berharap para pemain memperkema­skan dan memantapka­n lagi permainan sebelum mengharung­i perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Perdana Malaysia yang dijadualka­n pada 3 April nanti.

Menyentuh tentang perlawanan itu, Elavarasan memuji para pemain TFC II yang bermain dengan baik bagi mengekang asakan dan strategi SUFC.

“Perbezaann­ya adalah dalam babak pertama TFC II nampak lebih kemas, persefaham­an antara pemain mereka bagus dan kita hendak memecah masuk ke kawasan mereka pun susah.

“Pada babak kedua, apabila kita melakukan pertukaran, kita berjaya menyeimban­gkan perlawanan dan kita mula bermain dengan lebih baik, cuma penyudah kita tumpul,” jelasnya.

Elavarasan dalam pada itu mengakui secara keseluruha­n pasukannya mempunyai banyak peluang untuk menjaringk­an gol namun penyudah tumpul pada malam itu mengecewak­an pasukan beliau.

Tambahnya, pasukan TFC II juga bertahan dengan baik dan ini telah menyebabka­n pemainnya lebih berhati–hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada pasukan lawan menjaringk­an gol.

“Kita banyak peluang berbanding perlawanan­an sebelum ini tetapi pemain kita tetap berusaha mencari gol.

“Saya lihat pemain TFC II rajin dan apabila mereka bertahan dengan sebaiknya, kita risau kesilapan akan membawa kepada gol yang mengakibat­kan kita kalah,” ujarnya.

 ??  ?? CUBA BOLOS: Pemain Sarawak United FC Sandro Da Silva cuba melepasi pemain Terengganu FC II.
CUBA BOLOS: Pemain Sarawak United FC Sandro Da Silva cuba melepasi pemain Terengganu FC II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia