Utusan Borneo (Sabah)

DSBC naib juara Pertanding­an Sukan Integrasi 2021

-

LABUAN: Pasukan DSBC muncul naib juara Pertanding­an Sukan Integrasi Orang Kurang Upaya dan Komuniti Labuan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Wilayah Persekutua­n Labuan di Dewan Kompleks Sukan Labuan pada Sabtu lalu.

Pasukan DSBC diwakili oleh enam pemain iaitu Mantoi Tunjung, Kenny Tan Bing Chuan, Awang Ahmad Liasmat, Annabel Aurelia Donald (atlet OKU pendengara­n), Stephanie Huang Lee Ling dan Evy Teo Ei Hui.

Menurut pengurus pasukan, Jais Wong pasukan DSBC merupakan johan kumpulan A yang melayakkan mereka mara ke final.

“Pasukan DSBC mengumpul 7 mata, dua kali menang dan satu kali seri,” katanya yang juga jurulatih pasukan DSBC.

Pemilik DSBC Dato’ Sri Goh Sin Han berasa bangga dengan kejayaan anak buahnya muncul naib juara kejohanan itu.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukka­n aksi dan prestasi yang terbaik.

“Pemain DSBC akan terus menjalani latihan intensif di Dewan DSBC di Kampung Sungai Keling untuk menghadapi pertanding­an di dalam dan luar Labuan pada tahun ini,” katanya.

Pada pertanding­an itu, Team Amin merangkul gelaran juara.

Beraksi cemerlang pada pusingan akhir Beregu Lelaki Team Amin dibarisi Mohd Amin Burhanuddi­n dan pasangan Hazami Othman menewaskan dua pemain veteran pasukan DSBC, Mantoi Tunjung dan Kenny Tan 218, 21-16.

Regu Campuran Team Amin, Sahbudin Burhanuddi­n dan Nurul Natasha Salleh bergelar juara setelah menundukka­n pasangan DSBC; Awg Ahmad Liasmat dan Annabel Aurelia Donald dengan kemenangan straight set 21-6, 21-15.

Pertanding­an yang berlangsun­g selama sehari itu turut menyaksika­n pasukan Black Maria dan Terbaik Team terpaksa akur tempat ketiga bersama setelah tewas dalam pusingan separuh akhir.

Sejumlah lapan pasukan menyertai pertanding­an itu, terdiri daripada enam pemain bagi setiap pasukan termasuk seorang pemain golongan kurang upaya dan seorang pemain lelaki veteran berumur sekurang-kurang 45 tahun ke atas.

 ??  ?? NAIB JUARA: Jais (kanan) bersama pemain DSBC yang menduduki naib juara Pertanding­an Sukan Integrasi Orang Kurang Upaya dan Komuniti Labuan 2021.
NAIB JUARA: Jais (kanan) bersama pemain DSBC yang menduduki naib juara Pertanding­an Sukan Integrasi Orang Kurang Upaya dan Komuniti Labuan 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia