Utusan Borneo (Sabah)

RM1 juta untuk tambah baik pos keselamata­n ESSZone

- Oleh Norwahida Yamalufdin

LAHAD DATU: Kerajaan meluluskan sejumlah RM1 juta untuk menampung kos penambahba­ikan pos-pos keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, peruntukan itu sebahagian daripada keprihatin­an pada segala yang dituntut, diperlukan, dipohon oleh ESSZone untuk memperkasa kawalan keselamata­n di Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Menurutnya, peruntukan RM1 juta itu digunakan mengikut keutamaan dan akan diseimbang­kan selain keperluan kebajikan bagi pegawai dan anggota ESSCom.

Katanya, hasil perbincang­an antara beliau bersama Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dan Komander ESSCom Datuk Ahmad

Fuad Othman turut merasakan bahawa keselamata­n di Sabah perlu diperhebat­kan lagi.

“Lawatan saya ke ESSCom hari ini adalah bagi memastikan segala apa yang dituntut, diminta dan dipohon oleh ESSCom akan dapat kita bantu dari semasa ke semasa.

“Saya yakin lawatan ini juga akan memberikan semangat kepada semua anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan beliau ke pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Tabawan dan Pulau Adal, di sini, semalam.

Menurutnya, ESSCom telah mencapai kejayaan melalui operasi-operasi menangani masalah COVID-19 dan untuk memperketa­tkannya, perbincang­an dengan Majlis Keselamata­n Negara untuk memastikan strategist­rategi baharu dilaksana.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke penempatan Palauh di Kampung Panji Laut, di sini, beliau berkata kerajaan tidak mahu mengumumka­n tindakan atau perancanga­n lanjut.

“Isu Palauh ini saya tidak mahu mengumumka­n caranya untuk selesaikan isu ini kerana ia telah menjadi satu masalah yang bukan baharu, ia masalah lama.

“Isu ini memerlukan strategi yang melalui ‘political view’ dan saya akan bincang dengan kerajaan negeri Sabah dan pemimpin-pemimpinny­a untuk pastikan yang perlu dilakukan untuk sama-sama memahami strategi yang akan diumumkan kerajaan agar ia tidak menjadi retorik politik,” katanya.

Turut hadir Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.

 ??  ?? TANYA KHABAR: Hazani, Hamzah dan rombongan meluangkan masa bertanya khabar dengan komuniti Palauh yang ditemui di perairan.
TANYA KHABAR: Hazani, Hamzah dan rombongan meluangkan masa bertanya khabar dengan komuniti Palauh yang ditemui di perairan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia