Utusan Borneo (Sabah)

Banjir besar melanda Australia

Menerima hujan sehingga 25 sentimeter dalam tempoh 24 jam

-

SYDNEY: Hujan lebat melanda wilayah tenggara Australia semula semalam, menjadikan banjir yang bertambah teruk sekali dalam tempoh satu abad yang telah memaksa ribuan orang untuk meninggalk­an kediaman mereka dan menutup beratus-ratus buah sekolah.

Banjir selama beberapa hari telah menenggela­mi kawasan pantai di New South Wales, negeri paling ramai penduduk di negara ini, dengan beberapa bahagian di Sydney mengalami apa yang diramalkan oleh pihak berkuasa akan menjadi banjir paling besar dalam tempoh beberapa dekad ini.

Semalam, lapan juta orang penduduk telah dimaklumka­n untuk mengelakka­n sebarang perjalanan yang tidak perlu dan bekerja dari rumah jika mampu, ketika beberapa kawasan yang dilanda dengan teruk menerima hujan sehingga 25 sentimeter dalam tempoh 24 jam, hanya setahun lepas wilayah tersebut mengalami kemarau yang panjang, ketiadaan air dan kebakaran hutan yang tidak dijangkaka­n.

Para saintis telah memberikan amaran Australia boleh menjangka untuk melihat keadaan cuaca yang lebih kerap dan lebih ekstrem hasil daripada perubahan iklim.

Perdana Menteri New South Wales Gladys Berejiklia­n menyatakan kira-kira 18,000 orang telah diarahkan berpindah dan 38 buah wilayah telah diumumkan sebagai zon bencana.

“Saya tidak tahu bila-bila masa dalam sejarah sebuah negara di mana kami telah mengalami keadaan cuaca yang ekstrem dalam keadaan di tengah-tengah pandemik,” kata beliau.

Perkhidmat­an kecemasan telah menerima sekurangku­rangnya 8,800 panggilan bagi bantuan dan menyelamat­kan beratus-ratus orang daripada banjir sejak krisis bermula.

Mid North Coast di wilayah ini adalah antara yang paling terjejas, dengan Berejiklia­n mengumumka­n wilayah tersebut telah dilanda bencana ‘sekali dalam 100 tahun’.

Di Hawkesbury-Nepean Valley, Sydney, sungai-sungai yang melimpah dijangka akan mencapai paras yang tidak pernah dilihat sejak 1961, selepas Empangan Warragamba, sumber utama air minuman di bandar ini, melimpah pada tengah hari Sabtu lepas.

Penduduk di beberapa kawasan terjejas telah dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka semalam selepas air mulai surut, namun yang lain telah diarahkan agar sentiasa berjaga-jaga ketika wilayah mereka telah menerima kesan oleh paras air yang naik buat kali pertamanya.

Pihak berkuasa telah memberikan amaran bagi kemungkina­n satu situasi “yang membahayak­an nyawa” walaupun setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan serius.

“Ketika kami melalui tiga atau empat insiden yang mengubah kehidupan, ia akan membuatkan kami berasa kamu berada dalam keadaan bersedia,” kata Berejiklia­n.

“Ketahui bahawa kami sering memikirkan tentang anda dan akan memberikan bantuan semampu mungkin kepada anda.”

Pihak berkuasa pendidikan menyatakan lebih 200 buah sekolah telah ditutup, termasuk beberapa buah yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Terdapat beberapa laporan bahawa beberapa buah rumah dan pernigaaan yang turut mengalami kerosakan namun Andrew Hall, CEO, Insurance Council of Australia menyatakan ia masih terlalu awal untuk memahami “tahap kerosakan harta benda di kawasan yang terjejas dan bagi menganggar­kan bil kerosakan insurans”.

Pihak insurans telah menerima lebih daripada 5,000 permohonan sepanjang beberapa hari lepas, tambah beliau.

Penduduk di zon bencana rasmi layak untuk bayaran bantuan kerajaan kecemasan berjumlah Aus$1,000 (AS$770) untuk seorang dewasa dan Aus$400 bagi seorang kanak-kanak.

Biro Meteorolog­i telah memberikan amaran bagi keadaan ‘lebih teruk’ semalam sebelum cuaca buruk diramalkan akan reda pada lewat minggu ini.

Rekod penurunan hujan telah diramalkan akan berterusan berlaku dalam masa beberapa hari akan datang ketika banjir merebak ke bahagian barat laut negara, dan seterusnya ke utara ke wilayah Queensland di mana amaran banjir turut dikeluarka­n.

Pihak berkuasa kesihatan telah menyatakan hujan dan banjir akan menangguhk­an penghantar­an vaksin COVID-19 yang telah dihentikan di Sydney dan beberapa kawasan sekitarnya.

Australia dijangka memulakan fasa umum pertama bagi pengagihan vaksin semalam, walaupun program tersebut telah terlewat di belakang jadual masa yang diumumkan oleh kerajaan akibat isu penghantar­an dan bekalan. —

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MEMBIMBANG­KAN: Seorang wanita mengambil gambar air yang melimpah di sungai Parramatta di Sydney, kelmarin.
— Gambar AFP MEMBIMBANG­KAN: Seorang wanita mengambil gambar air yang melimpah di sungai Parramatta di Sydney, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia