Utusan Borneo (Sabah)

‘Satu peket darah mampu menyelamat­kan nyawa’

Program Derma Darah SMK Taman Perumahan Bedaun sempena Hari Guru Labuan 2021 dapat sambutan menggalakk­an

-

LABUAN: Sebanyak 44 peket darah berjaya diperoleh melalui Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan Tahun 2021.

SMK Taman Perumahan Bedaun sebagai sekolah pengelola telah berjaya mengadakan program khidmat masyarakat bersama Hospital Labuan melalui kempen berkenaan.

Pengetua sekolah Ag Rozlan Manan berkata, program yang berlangsun­g pada Sabtu lalu merupakan inisiatif untuk membantu menambahka­n tabung darah di Hospital Labuan demi rawatan pesakit dan juga kes-kes kecemasan.

Katanya, kempen derma darah ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada semua guru dan orang awam untuk menunaikan tanggungja­wab kemasyarak­atan.

Beliau berkata, antara objektif program ini adalah untuk meningkatk­an kesedaran kepada semua guru dan orang awam tentang kepentinga­n menderma darah yang dapat menyelamat­kan nyawa.

“Kempen Derma Darah ini juga bertujuan menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di Hospital Labuan, di samping dapat memupuk sifat penyayang dan sedia membantu dalam kalangan warga pendidik dan orang awam tanpa mengira bangsa dan agama ke arah mewujudkan integrasi masyarakat,” katanya.

Ag Rozlan Manan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Sambutan Hari Guru 2021, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program khidmat masyarakat melalui kempen derma darah.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Labuan kerana bersamasam­a merealisas­ikan program kemasyarak­atan ini,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n hospital.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penderma darah yang telah melaksanak­an tanggungja­wab demi menyelamat­kan nyawa orang lain.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifny­a,” katanya.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Chai Yee San selaku Setiausaha Jawatankua­sa Pengelola Sambutan Hari Guru dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Lau Chin Ying.

Hadir sama guru-guru kanan bidang dan AJK yang terdiri daripada guru-guru SMKTPB.

Program yang bermula dari jam 9 pagi itu dimulakan dengan pendaftara­n penderma darah diikuti dengan pemeriksaa­n tahap kesihatan penderma darah.

Penderma boleh menderma darah sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Sjil penghargaa­n dan hamper diberikan kepada penderma darah yang mendaftar terlebih dahulu sebagai penderma darah.

Antara agensi yang turut memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini ialah Asian Supply Base Sdn Bhd, BRB Terus Maju Sdn Bhd, D’ One Mart Labuan, Seri Pentas Enterprise, Tira Biru Sdn Bhd dan Felix Heng Yong Yuen.

Walaupun dalam situasi negara menghadapi pandemik COVID-19, program derma darah ini merupakan landasan terbaik untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya dalam kalangan guru-guru di Wilayah Persekutua­n Labuan untuk menderma darah ekoran stok bekalan darah yang semakin susut bekalannya.

Malahan, program ini juga dapat membuka mata warga guru bahawa betapa pentingnya satu peket darah dapat menyelamat­kan nyawa seseorang.

Kempen derma darah diakhiri dengan penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada pihak pengurusan Hospital Labuan oleh Sekolah Zon Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat WP Labuan Tahun 2021 bagi pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Antara yang menderma darah termasuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan PatauPatau Sazalee Haji Dinin, Guru Besar SK Bebuloh Abd Rahman Salim, pensyarah Kolej Matrikulas­i Labuan dan guru-guru sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Kempen Derma Darah 2021 anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan dan dikelolaka­n oleh SMK Taman Perumahan Bedaun itu berakhir jam 3 petang.

 ??  ?? TERUJA: Guru SMK Taman Perumahan Bedaun teruja dapat menderma darah untuk menambah darah di tabung darah di Hospital Labuan.
TERUJA: Guru SMK Taman Perumahan Bedaun teruja dapat menderma darah untuk menambah darah di tabung darah di Hospital Labuan.
 ??  ?? TERIMA SIJIL: Antara guru yang menerima sijil penghargaa­n kerana mendaftar awal sebagai penderma darah.
TERIMA SIJIL: Antara guru yang menerima sijil penghargaa­n kerana mendaftar awal sebagai penderma darah.
 ??  ?? AJK: Ag Rozlan (tengah) bersama barisan guru SMK Taman Perumahan Bedaun yang bertugas sebagai AJK Kempen Derma Darah 2021.
AJK: Ag Rozlan (tengah) bersama barisan guru SMK Taman Perumahan Bedaun yang bertugas sebagai AJK Kempen Derma Darah 2021.
 ??  ?? PETUGAS: Penderma darah bersama petugas Hospital Labuan.
PETUGAS: Penderma darah bersama petugas Hospital Labuan.
 ??  ?? WARGA GURU: Antara guru SMK Taman Perumahan Bedaun yang menderma darah di Hospital Labuan.
WARGA GURU: Antara guru SMK Taman Perumahan Bedaun yang menderma darah di Hospital Labuan.
 ??  ?? HARGAI: Chai Yee San (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n dan hadiah kepada Guru Besar SK Patau-Patau Sajali @ Sazalee Haji Dinin atas sumbungan menderma darah.
HARGAI: Chai Yee San (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n dan hadiah kepada Guru Besar SK Patau-Patau Sajali @ Sazalee Haji Dinin atas sumbungan menderma darah.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ag Rozlan (tiga kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pihak Hospital Labuan atas jalinan mengadakan program itu.
PENGHARGAA­N: Ag Rozlan (tiga kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pihak Hospital Labuan atas jalinan mengadakan program itu.
 ??  ?? PENDERMA TERAWAL: Tiga orang penderma darah yang terawal hadir menerima sijil dan hadiah daripada Ag Rozlan.
PENDERMA TERAWAL: Tiga orang penderma darah yang terawal hadir menerima sijil dan hadiah daripada Ag Rozlan.
 ??  ?? DERMA DARAH: Guru Besar SK Bebuloh Abd Rahman Salim turut menderma darah bersama Ag Rozlan, Chai Yee San (kanan) dan Lau Chin Ying (kiri).
DERMA DARAH: Guru Besar SK Bebuloh Abd Rahman Salim turut menderma darah bersama Ag Rozlan, Chai Yee San (kanan) dan Lau Chin Ying (kiri).
 ??  ?? CHAI YEE SAN
CHAI YEE SAN
 ??  ?? AG ROSLAN
AG ROSLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia