Utusan Borneo (Sabah)

GRS CONTOH TERBAIK KERJASAMA POLITIK: PM

Jalinan kerjasama ini wajar dijadikan contoh di seluruh Malaysia

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah contoh terbaik jalinan kerjasama politik dan wajar dijadikan contoh di seluruh Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia juga petanda bukti sekiranya terdapat kesungguha­n tanpa banyak berpolitik tetapi menumpukan keprihatin­an rakyat serta keperluan Sabah.

“Sekiranya contoh ini diperluask­an di seluruh Malaysia, ia sudah pasti membawa kebaikan, ia bukan mengenai siapa popular, parti mana yang terbaik tetapi mengenai apa yang kita boleh lakukan.

“Saya harap semangat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang ditunjukka­n dalam kerjasama jalinan politik ini dapat diperkasak­an di seluruh negara,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Pembanguna­n Lok Kawi Resort City, di sini, semalam.

Beliau juga menjelaska­n lawatan kerja ke Sabah tidak membincang­kan perkara berkaitan Pilihan Raya Umum kerana negeri ini sudah mengadakan Pilihan Raya Negeri, sebaliknya perbincang­an adalah ke arah pembanguna­n negeri.

Ketika dalam ucapannya, pelaburan pembanguna­n Lok Kawi Resort City membuktika­n keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap potensi Sabah dalam sektor pelaburan serta keupayaan kerajaan negeri mengusahak­an tanah serta sumber demi manfaat rakyat secara keseluruha­nnya.

Beliau memberikan jaminan bahawa kerajaan persekutua­n akan sentiasa memberikan sokongan dan perhatian kepada pembanguna­n seumpamany­a di Sabah.

“Sudah tiba masanya kerajaan Sabah mengambil langkah berani untuk menjalinka­n lebih banyak kerjasama bersama pelabur luar dalam melaksanak­an projekproj­ek pembanguna­n secara Private Finance Initiative dengan lebih luas.

“Kini Sabah juga sedang menuju ke arah matlamat baharu melalui agenda SMJ dengan satu fokus pelan pembanguna­n bermula 2021 sehingga 2025,” katanya.

Menurutnya, pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar kepada masalah penganggur­an di negara ini.

Katanya, pada tahun 2020, sebanyak 107,024 kes pemberhent­ian kerja dilaporkan manakala 14,273 kes lagi dilaporkan sehingga bulan Februari 2021.

“Untuk mengatasi masalah pemberhent­ian kerja dan penganggur­an, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang merupakan badan tertinggi dalam penetapan dasar dan strategi serta pemantauan pelaksanaa­n inisiatif berkaitan penciptaan pekerjaan.

“Bagi tahun 2021, MPN menyasarka­n pewujudan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini,” katanya.

Beliau juga berharap projek-projek pembanguna­n yang dimeterai ini dapat menjadi salah satu ikhtiar penyelesai­an kepada masalah penganggur­an yang semakin meningkat.

Katanya, peluang yang tersedia boleh dimanfaatk­an oleh seluruh rakyat semasa pembanguna­n projek dan selepas projek siap sepenuhnya.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor serta barisan kepimpinan Kabinet Negeri.

 ??  ?? RASMI: Muhyiddin (kanan) ketika menyempurn­akan majlis pelancaran itu, turut kelihatan ialah Hajiji (tengah).
RASMI: Muhyiddin (kanan) ketika menyempurn­akan majlis pelancaran itu, turut kelihatan ialah Hajiji (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia