Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n Lok Kawi Resort City bernilai RM7 bilion inisiatif SMJ

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU:

Pembanguna­n Lok Kawi Resort City adalah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah kluster sektor pelanconga­n melibatkan kerjasama kumpulan Yayasan Sabah dengan Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, projek berkenaan akan dibangunka­n di kawasan Lok Kawi Putatan di atas tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah seluas 411 ekar.

“Komponen pembanguna­n ini melibatkan pembinaan pusat peranginan, hotel, kompleks beli-belah, taman tema, blok komersil serta pejabat perumahan dan lain-lain dengan nilai pembanguna­n kasar projek (GDV) sejumlah RM7 bilion.

“Penglibata­n Kumpulan Yayasan Sabah akan berterusan melalui usaha sama dalam pengurusan beberapa komponen projek yang bakal siap dibangunka­n,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembanguna­n Lok Kawi Resort City, di sini, semalam.

Beliau berkata, projek berkenaan juga mampu melonjakka­n persekitar­an yang kondusif bagi sektor pelanconga­n Sabah dalam menangani kekurangan jumlah bilik penginapan serta pusat peranginan di negeri ini bagi menampung keperluan yang tinggi.

Katanya, kerajaan optimis sektor pelanconga­n Sabah akan mampu kembali rancak sebalik sahaja pandemik COVID-19 dapat ditangani.

“Projek ini dijangkan akan menyediaka­n lebih 5,000 peluang pekerjaan dan akan bertambah apabila beroperasi sepenuhnya nanti.

“Selain pembanguna­n ini, kita juga menyaksika­n majlis menandatan­gani dua Memorandum Persefaham­an (MoU) melibatkan inisiatif pelaburan asing dan domestik.

“Pertama ialah projek kilang pembuatan Copper Foil yang melibatkan kerjasama Syarikat SK Nexilis Company Limited, Korea dengan Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) di bawah kluster sektor perindustr­ian.

“Nilai pelaburan adalah berjumlah RM2.3 bilion dan dijangka akan menawarkan 500 peluang pekerjaan bagi fasa awal,” katanya.

MoU kedua katanya, ia melibatkan inisiatif pelaburan domestik di antara Linaco Group of Companies dan Kerajaan Negeri Sabah secara langsung.

Katanya, pelaburan itu adalah melibatkan penanaman dan pemprosesa­n kelapa iaitu High-Yield Hybrid Coconut Palms berskala besar dan diikuti dengan pembanguna­n kilang memproses kelapa bersepadu untuk mengoptimu­mkan pengeluara­n produk berasaskan kelapa.

“Sebagai sebuah syarikat terkemuka yang membekal produk-produk berasaskan kelapa kepada lebih daripada 40 negara, Linaco akan membeli semua kelapa yang dituai melalui penanaman kelapa bersepadu.

“Sebuah Pusat Kecemerlan­gan juga akan dibangunka­n untuk memantau pelaksanaa­n amalan terbaik dalam projek ini. Kilang memproses kelapa bersepadu akan mula beroperasi secepat mungkin dengan pelaburan awal dianggarka­n sebanyak RM200 juta,” katanya.

Hadir sama ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan kepimpinan Kabinet Negeri Sabah.

 ??  ?? MOU: Hajiji (kiri), Muhyiddin (tengah, belakang) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU pada majlis berkenaan.
MOU: Hajiji (kiri), Muhyiddin (tengah, belakang) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia