Utusan Borneo (Sabah)

Kestabilan politik diperlukan jayakan hala tuju Sabah Maju Jaya

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Hala tuju Sabah Maju Jaya hanya akan berjaya sekiranya wujud persekitar­an kondusif termasukla­h kestabilan politik serta kerajaan yang kukuh.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kini selepas mendapat sokongan padu rakyat Sabah, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memastikan tanggungja­wab untuk memenuhi aspirasi rakyat negeri ini.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin yang hadir pada malam ini untuk terus merapatkan barisan dan bersatu padu.

“Hari ini kita mungkin berada dalam parti politik berbeza, tetapi hakikatnya kita pernah bersama dalam rumpun yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan GRS menekankan hala tuju strategik dalam pelaksanaa­n Sabah Maju Jaya di negeri ini.

Katanya, pelan Sabah Maju Jaya akan memberi fokus kepada tiga teras utama yang bergerak seiring dengan kerangka agenda pembanguna­n nasional di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Oleh itu katanya, pemuafakat­an GRS bukan sekadar kepentinga­n demi rakyat tetapi juga bagi membentuk kesatuan dalam memastikan kepentinga­n Sabah terus terbela dalam persekutua­n Malaysia.

“Kita bersyukur kerana mempunyai Perdana Menteri (Muhyiddin) yang amat prihatin terhadap Sabah.

“Sejak saya memimpin kerajaan negeri, Perdana Menteri sentiasa menzahirka­n komitmen tinggi kerajaan Persekutua­n untuk membantu Sabah,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, sebagai ketua kerajaan kepada rakyat dan negeri Sabah, beliau memberikan jaminan bahawa suara rakyat Sabah dalam mengutarak­an hak-hak negeri bukan hanya berkisar mengenai kepentinga­n negeri semata-mata.

“Keprihatin­an itu lahir atas rasa kecintaan dan kesetiaan kami kepada Persekutua­n Malaysia, negara yang telah kita bentuk bersama-sama.

“Setelah hampir 58 tahun, sesungguhn­ya hasrat kami adalah untuk melihat rakyat dan negeri Sabah diberikan pengiktira­fan yang lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan, membina negara yang jauh lebih makmur, aman, maju dan sentiasa,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Muhyiddin (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada Hajiji (empat kanan).
KENANGAN: Muhyiddin (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada Hajiji (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia