Utusan Borneo (Sabah)

Jangan dengar khabar angin tentang vaksin: Masiung

-

TONGOD: Jangan dengar khabar angin terutama cerita negitif disebarkan melalui media sosial bagi menakutkan orang ramai mengenai program imunisasi vaksin COVID-19, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah.

“Jika orang ramai sedia memberi kerjasama dan mematuhi saranan kerajaan, kita yakin akan dapat memerangi pandemik ini, umpama awan mendung akan berarak lalu,” katanya merasmikan penyampaia­n insentif kepada 20 pasangan pengantin di Dewan Terbuka di sini, kelmarin.

Sejak Jun 2018 sebamyak 141 pasangan pengantin di daerah itu menerima insentif RM1,000 setiap satu pasangan.

Katanya, tidak ada manamana kerajaan di dunia mempunyai agenda tersirat merenapkan impian negara sendiri dan membahayak­an kehidupan rakyat.

Masyarakat terutama penduduk luar bandar katanya, tidak perlu was-was tentang vaksin COVID-19 sebaliknya pemimpin di peringkat kampung hendaklah memainkan peranan menjalanka­n kempen bagi meyakinkan penduduk supaya mendaftar sebagai penerima vaksin.

Terdahulu, Masiung dan isteri Datin Grase Elvera E. Ebin menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Tongod.

Pegawai Daerah Haji Mohd Fauzi Norbeh, Ketua Pegawai Klinik KesihatanT­ongod Dr Ahmad Syddi turut hadir menerima suntikan vaksin berkenaan.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu meragui keberkesan­an vaksin yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, malah diyakini dapat mengurangk­an jangkitan.

Masiung berharap penduduk terdiri dari golongan warga emas dan individu yang mempunyi risiko kesihatan sewajarnya diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin.

Katanya, proses suntikan kepada semua rakyat termasuk warga asing perlu dipercepat­kan kerana penduduk Sabah telah mencecah kira-kira 3.5 juta.

 ??  ?? VAKSINASI: Masiung menerima dos pertama vaksin di Klinik Kesihatan Tongod.
VAKSINASI: Masiung menerima dos pertama vaksin di Klinik Kesihatan Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia