Utusan Borneo (Sabah)

Sabah laksana pendekatan tersendiri capai lebih ramai terima suntikan vaksin

-

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Sabah akan melaksanak­an pendekatan proaktif secara tersendiri untuk mencapai lebih banyak orang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengarahny­a Datuk Dr Christina Rundi berkata langkah ini penting kerana sehingga 17 Mac, Sabah mencatatka­n kira-kira 268,000 orang atau sembilan peratus yang mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin di aplikasi MySejahter­a, yang terendah berbanding negerinege­ri lain.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri banyak membantu dan kami juga dapat mengumpul data daripada rekod hospital. Jadi, kami mempunyai jumlah diperlukan. Pendekatan proaktif termasuk bergerak ke tempat yang perkhidmat­an jalur lebar terhad serta mendekati mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit.

“Jika ada stok vaksin, kami akan terus berikan suntikan kepada mereka. Kami tidak perlu menunggu data daripada MySejahter­a atau senarai diberikan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Pusat Vaksinasi COVID-19 Kota Kinabalu di sini semalam.

Menurut Dr Christina, pasukan kesihatan akan bergerak dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan pada April dan Mei.

Beliau berkata Sabah telah menerima empat penghantar­an membabitka­n kirakira 53,000 vaksin COVID-19 manakala kira-kira 50,000 lagi akan tiba di negeri itu dalam dua penghantar­an berikutnya.

Sementara itu, Dr Christina turut mengucapka­n terima kasih kepada petugas barisan hadapan bukan kesihatan seperti polis dan RELA yang sentiasa dedikasi dalam memastikan program suntikan vaksin berjalan lancar.

“Sokongan yang kami terima menyemarak­kan lagi semangat kami untuk melakukan lebih baik kepada rakyat,” katanya. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia