Utusan Borneo (Sabah)

Puas hati tahap kesiapsiag­aan dan pematuhan sekolah

Adzman adakan lawatan tiga hari ke Labuan bagi pastikan pengoperas­ian sekolah berjalan lancar

-

LABUAN: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan telah menerima kunjungan dan lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Sekolah (SOS) Dato’ Haji Adzman Talib bermula 20 hingga 22 Mac 2021. Lawatan selama tiga hari itu bertujuan memastikan pengoperas­ian sekolah rendah dan persediaan pembukaan sekolah menengah mulai 8 April ini berjalan lancar dalam tempoh PKPP.

Menurut Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) Maimoon Matnoh selaku penyelaras program, selain mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai JPN Labuan Dato’ Haji Adzman turut dijadualka­n melawat beberapa sekolah di wilayah ini. “Antara fokus lawatan ialah melihat kaedah dan amalan sekolah-sekolah dalam menerima kehadiran murid setiap pagi dan sesi penyuraian muridmurid sekolah,” katanya. Kunjungan ke ibu pejabat Jabatan Pendidikan WP Labuan telah dibuat sejurus selepas ketibaan Dato’ Haji Adzman di pulau bertuah ini.

Kehadiran beliau disambut oleh pegawai-pegawai jabatan yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Labuan Yusup Haji Mohamad. Turut menyambut kehadiran beliau ialah Timbalanti­mbalan Pengarah Pendidikan Labuan Md Nizam Yasim (Sektor Perancanga­n) dan Ustaz Abd Rahman Ahmad (Sektor Pembanguna­n Murid).

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Labuan Ismail Abdullah dan YDP Majlis Guru Besar (MGB) Labuan Dayang Saripah A. Mahmud. Dalam ucapan alu-aluannya, Yusup menerangka­n tentang halatuju dan pelan strategik Jabatan Pendidikan WP Labuan dalam tempoh 2021 hingga 2025. “Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan pendidikan Labuan di landasan terbaik.

“Dalam hal ini kita akan mengukuhka­n program-program pendidikan di peringkat negeri dan memperkasa­kan aktiviti-aktiviti kebangsaan.

“Kita juga telah menjalinka­n hubungan antarabang­sa dengan KUPU Brunei dan NPO SAM, Jepun,” jelasnya.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Maimoon Matnoh, turut menyampaik­an taklimat ringkas berkaitan pengoperas­ian sekolah rendah dari aspek kehadiran murid dan sesi penyuraian sewaktu balik. Sementara itu dalam ucapannya, Adzman berkata, tujuan utama lawatan kerja ialah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kesiapsiag­aan dan pematuhan sekolah terhadap amalanamal­an dalam norma baharu. “KPM telah membuat satu keputusan yang sukar untuk membenarka­n murid-murid kembali ke sekolah.

“Kita mengakui bahawa sesi persekolah­an secara bersemuka adalah amat penting bagi setiap murid mendapat akses kepada pendidikan terbaik.

“Justeru kita perlu memastikan keselamata­n murid dan warga sekolah sentiasa terjamin dengan mematuhi SOP yang telah disediakan,” tegasnya. Adzman telah melawat ke enam buah sekolah sepanjang tiga hari lawatan beliau di wilayah ini.

Sekolah-sekolah itu ialah SMK Labuan, SKK ST Anne, SK Sungai Bedaun, SM Sains Labuan, SMK Pantai dan SK Pekan Satu.

Secara keseluruha­n beliau berpuas hati tahap kesiapsiag­aan dan pematuhan sekolah-sekolah di Labuan dalam mengekang penukaran pandemik COVID-19. Beliau juga telah mengadakan sesi lawatan ke bilik-bilik darjah bagi memastikan penjarakan fizikal di antara setiap murid mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPM. “Saya ingin mengucapka­n tahniah atas inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Labuan kerana menyediaka­n sekurang kurangnya 20 sinki di setiap sekolah secara tetap dan dibuat dengan begitu kemas.

“Inisiatif ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan secara kerap dan menjaga kesihatan,” katanya selepas melawat sekolah-sekolah berkenaan.

Di akhir sesi lawatan, beliau sempat meninjau sesi pen y uraian murid di S K Pekan Satu. “Saya berpuas hati dengan kaedah-kaedah penyuraian murid yang telah diamalkan oleh sekolah-sekolah di Labuan berdasarka­n modelmodel yang telah dicadangka­n.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih atas kerjasama pihak PIBG, PDRM, RELA dalam memastikan penyuraian murid secara tertib,” katanya.

 ??  ?? BINCANG: Adzman mengadakan perbincang­an dengan Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah (kanan) sambil diperhatik­an Yusup (kiri) dalam penyediaan tempat transit murid.
BINCANG: Adzman mengadakan perbincang­an dengan Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah (kanan) sambil diperhatik­an Yusup (kiri) dalam penyediaan tempat transit murid.
 ??  ?? PERIKSA SUHU: Adzman memerhati kaedah pemeriksaa­n suhu murid di SKK St Anne.
PERIKSA SUHU: Adzman memerhati kaedah pemeriksaa­n suhu murid di SKK St Anne.
 ??  ?? PERHATI: Guru Besar SK Sungai Bedaun Dayang Saripah A. Mahmud memerhati Adzman menguji salah satu sinki di SK Sungai Bedaun.
PERHATI: Guru Besar SK Sungai Bedaun Dayang Saripah A. Mahmud memerhati Adzman menguji salah satu sinki di SK Sungai Bedaun.
 ??  ?? LAWAT: Yusup (kiri) mengiringi Haji Adzman mengadakan lawatan ke SKK St Anne. Turut kelihatan Guru Besar SK St Anne, Cecillia Chua (dua kanan).
LAWAT: Yusup (kiri) mengiringi Haji Adzman mengadakan lawatan ke SKK St Anne. Turut kelihatan Guru Besar SK St Anne, Cecillia Chua (dua kanan).
 ??  ?? LANCAR: Adzman melancarka­n Pelan Strategik JPN Labuan 2021 – 2025 bersama Yusup. Turut kelihatan Maimoon, Mohd Nizam (dua kanan) dan Ustaz Abd Rahman.
LANCAR: Adzman melancarka­n Pelan Strategik JPN Labuan 2021 – 2025 bersama Yusup. Turut kelihatan Maimoon, Mohd Nizam (dua kanan) dan Ustaz Abd Rahman.
 ??  ?? LAWATAN BILIK DARJAH: Guru Besar SK Pekan Satu Anita Syamini S Azman mengiringi Haji Adzman mengadakan lawatan ke bilik darjah di SK Pekan Satu.
LAWATAN BILIK DARJAH: Guru Besar SK Pekan Satu Anita Syamini S Azman mengiringi Haji Adzman mengadakan lawatan ke bilik darjah di SK Pekan Satu.
 ??  ?? HADIR: Sebahagian pegawai JPN Labuan yang menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah.
HADIR: Sebahagian pegawai JPN Labuan yang menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah.
 ??  ?? PERJUMPAAN: Adzman mengadakan sesi perjumpaan bersama pegawai Jabatan Pendidikan Labuan.
PERJUMPAAN: Adzman mengadakan sesi perjumpaan bersama pegawai Jabatan Pendidikan Labuan.
 ??  ?? LAWAT ASRAMA: Pegawai-pegawai JPN Labuan mengiringi Adzman melawat asrama SM Sains Labuan.
LAWAT ASRAMA: Pegawai-pegawai JPN Labuan mengiringi Adzman melawat asrama SM Sains Labuan.
 ??  ?? KAEDAH: Perbincang­an berkaitan kaedah penjarakan fizikal bersama pengawal keselamata­n di SKK St Anne.
KAEDAH: Perbincang­an berkaitan kaedah penjarakan fizikal bersama pengawal keselamata­n di SKK St Anne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia