Utusan Borneo (Sabah)

Projek atasi gangguan air di Jalan Sultan Tengah

Projek Bekalan Air Samariang yang melibatkan dua fasa itu bermula sejak 2019, kata Dr Abdul Rahman

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Masalah gangguan bekalan air yang membelengg­u penduduk kawasan perumahan dan kampung di sepanjang Jalan Sultan Tengah di sini, dijangka selesai dengan pembinaan projek Bekalan Air Samariang.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek bekalan air yang melibatkan dua fasa itu bermula sejak 2019.

Menurutnya, masalah tekanan air rendah sering menjadi rungutan penduduk terutama mereka yang tinggal di perkampung­an sepanjang Jalan Sultan Tengah dan Samariang serta kawasan taman-taman perumahan di Jalan Matang dan Tupong.

“Projek bekalan air Samariang fasa pertama berharga RM85 juta ini sudah dimulakan sejak dua tahun lalu. Fasa pertama ini melibatkan pembinaan tiga tangki yang berkapasit­i empat juta liter setiap satu.

“Dua tangki yang dibina dalam fasa pertama ini dijangka siap pada Ogos nanti manakala satu lagi penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Projek Bekalan Air Samariang (Fasa 1) di Jalan Sultan Tengah di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata bekalan air daripada tangkitang­ki berkenaan diperoleh daripada Lembaga Air Kuching dari persimpang­an Jalan Matang-Batu Kawa.

“Dijangka seramai 80,000 penduduk kampung dan taman perumahan akan menikmati manfaat apabila projek fasa pertama ini siap sepenuhnya,” katanya sambil menambah, fasa kedua akan dilaksanak­an selepas itu.

Dr Abdul Rahman memberitah­u, projek berkenaan adalah antara Projek Rakyat yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak melalui Kementeria­n Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai agensi pelaksana.

Projek itu katanya, turut melibatkan pembinaan stesen pam penggalak berkapasit­i 50 juta liter sehari, pemasangan saluran paip sepanjang 13 kilometer (km) dari persimpang­an Jalan Matang-Batu Kawa melalui jalan baharu Federal Administra­tive Center (FAC) ke stesen pam penggalak baharu dan pemasangan saluran paip sepanjang tiga kilometer dari stesen pam penggalak baharu ke tangki aras tinggi.

“Selain itu, projek ini turut merangkumi pemasangan saluran paip di bawah dasar sungai di Sungai Salak,” jelasnya.

Dr Abdul Rahman menegaskan, JBALB Sarawak amat komited untuk memastikan setiap projek yang dirancang akan dilaksanak­an berdasarka­n piawaian serta jangka masa yang telah ditetapkan.

Hadir sama, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang.

 ?? Chimon Upon — Gambar ?? TINJAU: Dr Abdul Rahman ketika melawat Projek Bekalan Air Samariang (Fasa 1) semalam.
Chimon Upon — Gambar TINJAU: Dr Abdul Rahman ketika melawat Projek Bekalan Air Samariang (Fasa 1) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia