Utusan Borneo (Sabah)

Harden pantau projek diluluskan, pastikan pematuhan spesifikas­i agensi pelaksana

-

KUCHING: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis turun padang memantau projek yang telah diluluskan selain memastikan pematuhan spesifikas­i oleh agensi pelaksana.

Beliau dalam satu kenyataan telah ke tapak projek naik taraf Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) jalan akses menuju ke Jambatan Gantung Rumah Tuang, Sungai Labi, Batu Lintang, Undop.

“Projek ini memakan belanja sebanyak RM200,00 dan bakal dibina dalam tempoh empat bulan iaitu bermula 7 Januari hingga 6 Mei nanti,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, projek jambatan gantung bernilai RM265,000 itu telah siap dibina dan keadaan jalan menuju ke jambatan tersebut hanya laluan tanah kuning sahaja.

Setelah siap dinaik taraf kini, ia banyak memberi kemudahan kepada penduduk rumah panjang dan kawasan sekitar, tegasnya.

Lawatan tersebut juga dilakukan ke projek RTP naik taraf jalan menuju ke Jambatan Gantung dan Jeti Tempat Mandi Rumah Richard (sekarang dikenali sebagai Rumah Jalie Tutong) di Ijok, Batu Lintang, Undop.

Projek tersebut menelan belanja RM200,000 dan telah siap sepenuhnya pada 22 Februari yang lalu.

“Projek ini adalah projek RTP Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diperuntuk­kan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak RM5 juta setahun.

“Mereka yang bukan ADUN GPS, tidak diberikan peruntukan sedemikian.

“Jadi, apabila kita melihat perkara ini dalam jangka panjang ia amat merugikan rakyat sendiri apabila menyokong pembangkan­g,” kata Harden yang juga ADUN Simanggang.

Harden sebelum ini menjawab dakwaan seorang tuai rumah yang mengatakan beliau (Harden) tidak adil dalam pembahagia­n peruntukan sama ada tuai rumah berkenaan berlaku adil kepada kerajaan yang melantik, membayar elaun dan menyediaka­n prasarana kemudianny­a melawan dasar kerajaan.

Ujar beliau, isu pembanguna­n adalah tanggungja­wab yang berterusan oleh kerajaan yang memerintah namun jika kerajaan tidak mempunyai pelan pembanguna­n, kemajuan tidak akan dicapai, lebih-lebih lagi daripada parti pembangkan­g yang cuba untuk mengambil alih pemerintah­an tetapi tidak ada pelan pembanguna­n.

Beliau turut mengingatk­an rakyat di kawasan pedalaman untuk sentiasa berjaga-jaga sewaktu masih pandemik COVID-19.

Amalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarka­n oleh pihak berkuasa kerana itu merupakan sebahagian daripada norma baharu kehidupan untuk mengekang penularan COVID-19.

Beliau juga menasihati orang ramai yang layak mendapatka­n suntikan vaksin bagi imunisasi COVID19 hendaklah mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a atau mendaftar melalui tuai Rrmah di kawasan masing-masing agar tidak ketinggala­n mendapatka­n vaksin berkenan.

 ??  ?? NAIK TARAF: Projek RTP naik taraf jalan menuju ke jambatan gantung dan tepian mandi Rumah Tuang, Sungai Labi, Batu Lintang, Undop, Sri Aman.
NAIK TARAF: Projek RTP naik taraf jalan menuju ke jambatan gantung dan tepian mandi Rumah Tuang, Sungai Labi, Batu Lintang, Undop, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia