Utusan Borneo (Sabah)

MPS giat selenggara ketinggian pokok

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan menyelengg­ara ketinggian pokok di semua tempat di bandar ini demi keselamata­n pengguna jalan raya dan pejalan kaki, kata Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pemantauan Bangunan dan Kebersihan Bandar MPS Kaunselor Joseph Chieng.

Bagaimanap­un, jelasnya, ketinggian pokok berbezabez­a menurut spesies, ukuran dan lokasi.

Beliau menambah bahawa pokok yang ditanam sepenuhnya perlu dicantas ketinggian berserta dahannya demi keselamata­n orang ramai.

“Sebagai contoh, di Jalan Tuanku Osman berdasarka­n saranan arkitek dan kontraktor landskap MPS, ketinggian pokoknya setinggi 35 kaki.

“Sekiranya pokok tumbuh terlalu tinggi, dahan akan sangat panjang dan mudah patah apabila ditiup angin kencang dan ketika cuaca buruk, pohon-pohon tinggi itu boleh patah.

“Itulah sebabnya kerjakerja penyelengg­araan pokok adalah rutin bagi MPS kerana keselamata­n orang ramai menjadi keutamaan kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada Sabtu lalu, kontraktor MPS telah melaksanak­an kerja-kerja penyelengg­araan pokok-pokok di Jalan Tuanku Osman.

Menurutnya, Jalan Tuanku Osman terletak di kawasan pusat perniagaan (CDB) dengan lalu lintas yang sibuk dan salah satu jalan utama di bandar ini.

Oleh itu tambahnya, kerjakerja hanya dapat dilakukan pada hujung minggu untuk mengelakka­n kesesakan jalan raya.

Setelah menyelesai­kan kerja-kerja penyelengg­araan di Jalan Tuanku Osman, beliau mengatakan pihak kontraktor akan berpindah ke kawasan lain di bandar.

Tambahnya, sebanyak 33 pokok di jalan tersebut akan diselengga­ra demi keselamata­n awam.

 ??  ?? DEMI KESELAMATA­N: Kerja-kerja penyelengg­araan pokok sedang dijalankan di Jalan Tuanku Osman di Sibu, Sabtu lalu.
DEMI KESELAMATA­N: Kerja-kerja penyelengg­araan pokok sedang dijalankan di Jalan Tuanku Osman di Sibu, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia