Utusan Borneo (Sabah)

Buruh mengamuk, ugut adik kandung direman empat hari

-

MIRI: Seorang buruh binaan yang ditangkap kerana mengamuk dan melakukan ugutan jenayah terhadap adik kandungnya diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat ASP Noor Asri Ibrahim.

Dalam permohonan­nya Asri berkata, pada pagi 21 Mac lalu seorang lelaki warga emas telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Lobang.

Dalam aduannya, pengadu, 60, mendakwa sekitar jam 10 pagi di kediaman keluargany­a di Jalan Pujut Sesco di sini, anak lelakinya yang berusia 27 tahun mengamuk sambil membawa sebilah parang dan melakukan ugutan jenayah terhadap adiknya.

Menurut pengadu, suspek bertindak sedemikian setelah disuruh beliau berpindah keluar dari rumah tersebut kerana beliau (pengadu) sudah tidak tahan dengan perangai pengadu yang suka marah-marah dan mengamuk apabila kehendakny­a tidak dituruti.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 2.30 petang polis telah menangkap suspek di rumah keluargany­a di Jalan Pujut Sesco di sini untuk disoal siasat lanjut berhubung kes tersebut.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebilah parang sepanjang 52 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya Asri berkata, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan suspek serta melakukan ujian saringan air kencing ke atasnya.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 26 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia