Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dilapor hilang di Pantai Kuala Baram ditemui selamat

-

MIRI: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di Pantai Kuala Baram di sini, malam kelmarin ditemui selamat awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahka­n penemuan lelaki berusia 35 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa kira-kira jam 11.15 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pihak bomba di lokasi, ketua operasi terus mendapatka­n maklumat daripada penduduk kampung perihal kejadian tersebut dan pihak polis turut bersama pihak bomba.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh bomba dengan bantuan penduduk kampung dijalankan dengan mengenal pasti kedudukan kali terakhir lokasi bot dan kemungkina­n mangsa dihanyutka­n arus laut.

“Pasukan bomba melakukan pencarian di tepi pantai bermula dari lokasi bot yang digunakan mangsa karam sehingga ke Batu Satu,” katanya dalam kenyataan media di sini, kelmarin.

Law berkata, operasi SAR ditangguhk­an jam 12.45 tengah malam memandangk­an keadaan gelap yang membahayak­an keselamata­n sebelum disambung semula awal pagi kelmarin.

Namun kata Law, pada jam 3.40 pagi bilik kawalan BBP Lopeng menerima panggilan daripada Balai Polis Lutong yang memaklumka­n mangsa yang dikhuatiri hilang telah selamat ditemui jam 3 pagi di Pantai Lutong.

“Sejurus ditemui, mangsa telah hadir ke Balai Polis Lutong untuk membuat laporan.

“Berikutan itu, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya jam 3.58 pagi,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia