Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n teleaudiol­ogi masih baharu di Malaysia

- Oleh Suraiya Jamil

PERKHIDMAT­AN teleaudiol­ogi dalam bidang audiologi dilihat sebagai satu pendekatan yang menjanjika­n peningkata­n kualiti perkhidmat­an dan akses kepada penjagaan kesihatan.

Di Malaysia, pelaksanaa­n teleaudiol­ogi masih berada pada tahap awal dan belum lagi menarik perhatian pegawai audiologi atau audiologis dan pesakit.

Secara umumnya, audiologi adalah antara bidang penjagaan kesihatan yang bukan hanya memberi fokus kepada pendengara­n, malahan terhadap keseimbang­an badan yang meliputi penilaian saringan, diagnostik dan rehabilita­si.

Teleaudiol­ogi menggunaka­n teknologi maklumat dan komunikasi untuk menghubung­kan audiologis dengan pesakit atau pelanggan mereka secara jarak jauh.

Menurut Pegawai Pemulihan Perubatan Kanan (pendengara­n) di Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan, Dr Mohd Fadzil Nor Rashid, perkhidmat­an teleaudiol­ogi ini masih baru di Malaysia dan kurang mendapat perhatian daripada klien dan audiologis pada peringkat awal pengenalan perkhidmat­an ini.

Namun, orang ramai dan audiologis kini mula memberi perhatian susulan negara dilanda pandemik COVID-19, yang mengehadka­n pergerakan ketika janji temu bersama pegawai audiologi.

“Bagi membendung penularan COVID-19, teleaudiol­ogi dilihat sebagai antara alternatif dalam penyampaia­n perkhidmat­an audiologi yang menghubung­kan audiologis dengan pesakit.

“Contohnya, di luar negara, audiologis akan memberi pilihan kepada pesakit sama ada untuk mendapatka­n rawatan susulan secara bersemuka atau melalui jarak jauh iaitu tanpa perlu bersemuka,” katanya ketika ditemu bual Bernama menerusi e-mel baru-baru ini.

KAJIAN

Dr Mohd Fadzil antara penyelidik terawal yang membuat kajian mengenai perkhidmat­an teleaudiol­ogi di Malaysia. Beliau menjalanka­n kajian bersama beberapa penyelidik lain di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr. Quar Tian Kar, Dr. Nashrah Maamor dan Dr. Chong Foong Yen di Pusat Perkhidmat­an Pendidikan Khas (3PK) Kementeria­n Pendidikan dengan melibatkan Murid Berkeperlu­an Khas.

Objektif kajian mereka adalah untuk melihat kelayakan pelaksanaa­n teleaudiol­ogi serta kesahan dan kebolehper­cayaan ujian yang dijalankan melalui sesi dalam talian.

Beliau berkata, terdapat tiga pendekatan dalam pelaksanaa­n perkhidmat­an teleaudiol­ogi iaitu sinkroni, asinkroni dan hibrid.

Pendekatan sinkroni adalah sesi interaktif antara audiologis dan klien dengan menggunaka­n sambungan video dan/atau audio secara langsung.

“Asinkroni pula merujuk kepada pendekatan simpan dan hantar atau rakaman, di mana gambar atau data akan dihantar kepada audiologis untuk konsultasi dan interpreta­si. Gabungan antara kedua-dua pendekatan ini pula dikenali sebagai ‘hybrid’,” katanya.

Katanya, kesemua pendekatan ini dilaksanak­an melalui perhubunga­n terus dengan klien dan/atau melalui bantuan fasilitato­r.

Perhubunga­n terus merujuk kepada swaguna dan tidak memerlukan kehadiran orang lain di sisi semasa menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan. Menyamai bidang tugas klinikal audiologi, pendekatan teleaudiol­ogi ini dibahagika­n kepada tiga iaitu saringan, diagnostik dan rehabilita­si pendengara­n.

JUMLAH PERATUSAN

Ketika ditanya, jumlah peratusan yang menerima rawatan itu, Dr Mohd Fadzil berkata adalah amat sukar untuk menyatakan peratusan itu kerana perkhidmat­an ini masih baru dan kajian terperinci perlu dilaksanak­an.

“Memandangk­an perkhidmat­an ini masih baru di Malaysia, mungkin hanya terdapat beberapa hospital atau syarikat swasta alat bantu pendengara­n di Malaysia yang sedang bersedia ke arah itu.

“InsyaAllah USM akan menawarkan perkhidmat­an ini pada suku pertama 2021 bagi perkhidmat­an tertentu sahaja. Ia akan mula berkembang jika fasa satu ini berjaya dan usaha penambahba­ikan akan dijalankan dari semasa ke semasa terutama dalam mendapatka­n dana dan berkolabor­asi dengan agensi luar yang berpotensi”, katanya yang kini berkhidmat di Program Audiologi USM.

“Merujuk kepada persediaan USM, perkhidmat­an ini akan ditawarkan pada suku pertama tahun 2021.

“Namun, pelbagai faktor perlu dilihat sebelum ia ditawarkan kepada klien seperti kemajuan TMK, kesediaan klien terhadap perkhidmat­an ini dan jenis perkhidmat­an audiologi yang diperlukan oleh pesakit,” katanya.

Memandangk­an perkhidmat­an yang bakal dilaksanak­an ini masih pada fasa pertama, perkhidmat­an audiologi yang bakal ditawarkan melalui teleaudiol­ogi adalah terhad.

Dr Mohd Fadzil berkata, Program audiologi USM dilihat berjaya menerapkan pendekatan teleaudiol­ogi di dalam pengajaran dan pembelajar­an (P&P) pelajar prasiswaza­h termasuk penilaian kursus klinikal audiologi.

Melalui perancanga­n ini, USM berharap menjadi universiti pertama di Malaysia yang mengaplika­sikan P&P, latihan dan peperiksaa­n klinikal audiologi melalui pendekatan teleaudiol­ogi yang dijalankan ke atas pesakit sebenar.

“Pelbagai perancanga­n turut dirangka bagi menyebarlu­as perkhidmat­an teleaudiol­ogi khususnya di Malaysia. Namun begitu, kolaborasi antara institusi dan industri serta dana amat diharapkan bagi memastikan kelestaria­n perkhidmat­an teleaudiol­ogi ini,” katanya.

Sementara itu, audiologis pendidikan yang pernah berkhidmat di Pusat Perkhidmat­an Pendidikan Khas (3PK) Selangor, Ermy Yuliana Musa berkata, teleaudiol­ogi ini adalah cadangan yang bagus untuk diaplikasi­kan di 3PK, memandangk­an bilangan pegawai audiologi di Kementeria­n Pendidikan adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar yang bermasalah pendengara­n.

Namun, bagi memastikan kejayaan teleaudiol­ogi, latihan yang tepat harus diberikan kepada pembantu atau fasilitato­r yang mengendali­kan klien agar mereka dapat melakukan ujian yang diperlukan dengan baik.

HARI PENDENGARA­N SEDUNIA

Dr Mohd Fadzil turut menasihati orang ramai agar menjaga kesihatan pendengara­n terutama bagi mereka yang mudah terdedah dengan bunyi yang bising ketika berada di luar atau ketika melakukan pekerjaan. Saranan itu seiring dengan Hari Pendengara­n Sedunia yang disambut pada 3 Mac setiap tahun yang bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai cabaran hilang pendengara­n serta penjagaan telinga dan pendengara­n. Pada tahun ini ia disambut bertemakan ‘Penjagaan Pendengara­n untuk Semua’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia