Utusan Borneo (Sabah)

Takut jarum, sikap tunggu dan lihat punca rakyat Perak belum daftar terima vaksin

-

IPOH: Takut jarum, sikap tunggu dan lihat selain kurang kesedaran berkaitan kepentinga­n vaksin dilihat antara punca rakyat negeri ini masih belum mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata sehingga kini, individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a berjumlah 406,380 orang tetapi dari segi peratusann­ya sangat rendah iaitu 21.1 peratus daripada jumlah penduduk negeri.

“Andaian kita, masih ramai lagi yang tidak mendaftar kerana ingin tunggu dan lihat. Kedua, kekangan perkhidmat­an internet dihadapi masyarakat orang Asli dan perkara ini akan ditangani dan didaftarka­n secara manual oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Ada juga yang saya rasa masih takut jarum. Jangan takut kerana jarum (suntikan) pergi umrah dan haji lagi panjang, malah suntikan vaksin COVID-19 tidak memberi kesan apa-apa. Kita perlu bantu kerajaan membasmi pandemik ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menerima dos kedua suntikan vaksin itu di Stadium Indera Mulia Ipoh semalam.

Berdasarka­n statistik, jumlah populasi Perak seramai 2,611,600 dengan penduduk yang berusia lebih 18 tahun seramai 1,951,600 atau 74.7 peratus manakala sasaran populasi yang akan divaksin adalah antara 70 hingga 80 peratus.

Justeru, Saarani berkata kerajaan negeri akan memperheba­t promosi pendaftara­n vaksinasi ke kawasan tumpuan umum, selain menggunaka­n khidmat sukarelawa­n terlatih bagi mendekati mereka yang masih belum mendaftar lagi untuk program tersebut.

“Kita kena hebatkan promosi pendaftara­n termasuk mengguna pakai kaedah daftar pemilih pilihan raya, bayar zakat selain melatih sukarelawa­n untuk menarik pendaftara­n di pintu masuk pusat membelibel­ah, pasar malam, padang bola dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata sehingga semalam, seramai 45,734 petugas barisan hadapan di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama program itu. —

 ?? — Gambar Bernama ?? LENGKAP: Saarani (kiri) menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech daripada Jururawat Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Che Nor Hayati Hussin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama LENGKAP: Saarani (kiri) menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech daripada Jururawat Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Che Nor Hayati Hussin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia