Utusan Borneo (Sabah)

Taklimat bantu Ahli Parlimen perjelas program imunisasi kepada rakyat

-

PUTRAJAYA: Sesi Taklimat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada Ahli Parlimen membolehka­n wakil rakyat sama ada kerajaan atau pembangkan­g mendapat maklumat lebih jelas mengenai vaksin itu untuk disampaika­n kepada rakyat di kawasan masingmasi­ng.

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penjelasan tersebut membantu pihaknya memberi penerangan kepada penduduk mengenai manfaat vaksin bukan sahaja bagi melindungi diri sendiri tetapi juga orang lain.

Beliau menyaranka­n kerajaan supaya menggunaka­n lebih banyak stadium selain mendirikan khemah-khemah besar untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin COVID-19 dalam usaha mempercepa­tkan jumlah rakyat yang menerima suntikan itu.

“Kerajaan sasar akan selesaikan (pemberian vaksin) sehingga 80 peratus pada hujung 2021, awal dua bulan daripada jangkaan asal pada 2022.

“Jika boleh guna stadium atau dirikan khemah di klinik atau hospital supaya boleh disegeraka­n jumlah orang terima vaksin. Selain itu, berharap dengan peruntukan RM5 bilion bagi pelaksanaa­n vaksin COVID19 membolehka­n rakyat mendapat suntikan vaksin secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada Ahli Parlimen di Dewan Seri Siantan di sini, semalam.

Taklimat yang diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi untuk Ahli Parlimen Kerajaan dan petang bagi wakil rakyat pembangkan­g itu disampaika­n oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Antara yang hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

Sementara itu, Shahidan yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) berkata sebagai wakil rakyat, pihaknya akan membantu membuat pendaftara­n untuk penduduk di kawasan masing-masing bagi mendapatka­n suntikan vaksin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia