Utusan Borneo (Sabah)

Seorang penunjuk perasaan terbunuh, dua rakyat Australia ditahan di Myanmar

-

YANGON: Pasukan keselamata­n di Myanmar telah menembak mati seorang penunjuk perasaan antirampas­an kuasa pada Ahad lepas, ketika pihak kerajaan Australia mengesahka­n ia sedang membantu dua orang rakyat yang ditahan ketika cuba untuk meninggalk­an Yangon.

Myanmar berada dalam huru-hara sejak pihak tentera mengguling­kan pemimpin awam Aung San Suu Kyi pada bulan lepas, mencetuska­n bantahan di seluruh negara yang menuntut agar demokrasi dikembalik­an semula.

Pasukan kselamatan telah memberikan respons dengan kekerasan menggunaka­n peluru hidup bersama dengan gas pemedih mata dan peluru getah dalam satu usaha untuk menghentik­an tunjuk perasaan.

Seorang lelaki telah terbunuh pada Ahad lepas di bandar tengah Monywa dan sekurang-kurangnya dua orang telah tercedera dalam satu perbalahan dengan pasukan keselamata­n di kawasan hadangan, dua orang saksi memberitah­u AFP.

“Saya melihat orang ramai membawa seorang lelaki yang telah ditembak dan dibunuh,” seorang penduduk tempatan memberitah­u AFP, sambil menambah mayat telah dibawa ke sebuah hospital tempatan.

“Mereka menggunaka­n bom tangan pegun dan gas pemedih mata… kemudian mereka mula menembak. Saya tidak tahu sekiranya lelaki itu, yang meninggal dunia di tempat kejadian selepas dia terkena tembakan di kepalanya, telah terbunuh akibat peluru hidup atau peluru getah.”

Kementeria­n luar negara Australia mengesahka­n pada Ahad lepas ia sedang memberikan bantuan konsular kepada dua orang rakyatnya di Myanmar.

“Disebabkan tanggungja­wab privasi kami, kami tidak akan memberikan sebarang maklumat lanjut,” menurut seorang jurucakap.

Difahamkan bahawa perunding perniagaan Matthew O’Kane dan Christa Avery, seorang rakyat dwi kerakyataa­n Kanada-Australia, telah berada di bawah penahanan di rumah selepas cuba untuk meninggalk­an negara dengan sebuah pesawat bantuan pada Jumaat lepas.

Pasangan tersebut menjalanka­n sebuah perniagaan konsultans­i khas untuk pelanggan di Yangon.

Jabatan hal ehwal global di Kanada menyatakan ia telah menyedari tentang satu kes melibatkan seorang rakyat Kanada dan “memberikan perkhidmat­an konsular.”

Seorang rakyat Australia ketiga, ahli ekonomi Sean Turnell, seorang penasihat kepada Suu Kyi, telah ditangkap seminggu selepas pemimpin itu juga masih berada dalam tahanan.

Keganasan pada hujung minggu gagal untuk menghalang beratus-ratus orang doktor dan jururawat yang menggunaka­n topi keras dan membawa poster Suu Kyi ketika mereka berarak pada awal pagi melalui Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar dan ibu negara kebudayaan.

Selepas itu penunjuk perasaan yang lain meletakkan papan tanda protes di dalam pasu tanaman di sepanjang sebatang jalan.

Pada waktu tengah hari terdapat penghadang yang dibakar, bunyi tembakan di jalan raya dan sekurangku­rangnya empat orang tercedera, menurut seorang doktor di Mandalay.

Mandalay telah menjadi tempat kejadian bagi sebahagian daripada keganasan terburuk oleh pihak polis dan tentera sejak rampasan kuasa tersebut.

“Bantahan berlaku sehari selepas sebuah kumpulan pemerhati tempatan mengesahka­n pembunuhan empat orang penunjuk perasaan di tangan anggota keselamata­n di seluruh negara.

Dua daripada kematian itu adalah di Yangon, hab komersil negara, menurut Pertubuhan Bantuan bagi Tahanan Politik (AAPP).

Orang ramai yang berkabung di bandar mengebumik­an mangsa berusia 26 tahun yang meninggal dunia pada Sabtu lepas ketika dalam tahanan selepas ditembak dan ditangkap pada malam sebelumnya.

Ibu Myo Myint Aung menangis di tepi keranda ketika upacara pengebumia­n, menyatakan bahawa anak lelakinya adalah masih kecil di matanya.

“Saya benar-benar berbangga dengan apa yang kamu telah lakukan untuk demokrasi dan negara ini,” kata beliau, dalam satu rakaman video bagi upacara pengebumia­n yang dihantar di dalam media sosial.

“Kamu adalah seorang wira sebenar.”

Satu upacara pengebumia­n turut dilakukan untuk ibu kepada tiga orang anak Mar La Win, 38, yang meninggal dunia pada awal hujung minggu ini di tengah bandar Pakokku di sepanjang sungai Irrawaddy.

“Keluarga saya sangat sedih sekarang,” suami beliau Myint Swe memberitah­u AFP ketika bendera merah milik parti politik Suu Kyi telah diletakkan di atas kerandanya yang dikeliling­i dengan bunga.

Di tempat lain keluarga kepada Aung Kaung Htet berusia 15 tahun, yang telah ditembak pada dahinya ketika satu protes di Tamwe, Yangon, memberikan penghormat­an kepada remaja tersebut.

Orang ramai yang berkabung mengangkat tiga jari tanda penghormat­an – simbol bagi bantahan – ketika pengebumia­n beliau.

Hampir 250 kematian telah disahkan dalam masa beberapa minggu sejak rampasan kuasa, lapor AAPP, walaupun angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Lebih daripada 2,300 orang lagi telah ditangkap, menurut kumpulan tersebut.

Kecaman pihak antarabang­sa oleh Washington, Brussels dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu setakat ini gagal menghentik­an pertumpaha­n darah.

Menteri luar Kesatuan Eropah dijangka akan meluluskan sekatan terhadap 11 pegawai junta dalam satu mesyuarat Isnin ini. —

 ?? — Gambar AFP ?? BERKABUNG: Orang awam membawa gambar Aung Kaung Htet pada upacara pengebumia­nya di Yangon kelmarin, sehari selepas beliau dibunuh oleh pasukan keselamata­n.
— Gambar AFP BERKABUNG: Orang awam membawa gambar Aung Kaung Htet pada upacara pengebumia­nya di Yangon kelmarin, sehari selepas beliau dibunuh oleh pasukan keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia