Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Venezuela bertempur dengan kumpulan bersenjata Colombia

-

BOGOTA: Pihak tentera Venezuela bertempur kelmarin dengan sebuah kumpulan bersenjata berhampira­n sempadan dengan Colombia, menurut datuk bandar bagi sebuah pekan sempadan Colombia.

Konfrontas­i tersebut, yang berlaku di barat daya Venezuela di wilayah Apure, mengakibat­kan beberapa kematian, menurut datuk bandar Arauquita, Etelivar Torres.

“Pada Ahad ini kami telah dikejutkan, kami penduduk Arauquita, dengan letupan daripada pasukan tentera udara Venezuela” yang berterusan sehingga tengah hari, Torres memberitah­u media tempatan, sambil menambah bahawa konfrontas­i telah menyebabka­n “satu jumlah yang ketara bagi kecederaan dan kematian.”

Presiden Venezuela Nicolas Maduro menyatakan dalam televisyen umum negaranya bahawa pihak tentera telah bertempur dengan sebuah kumpulan bersenjata dari Colombia, tanpa memberikan maklumat l;anjut.

Namun seirang jeneral venezuela yang hidup dalam buangan memberitah­u AFP pihak tentera sebelum itu telah menyerang sebuah kem penentang dari bekas kumpulan pemberonta­k Colombia FARC.

Pada Februari, Presiden Colombia Ivan Duque menuduh Venezuela sebagai “melindungi” gerila yang masih ada.

Penentang gerila ini tidak terlibat sama dalam perjanjian damai 2016 di Colombia, yang menamatkan satu perang saudara selama setenagh abad dan melihat FARC meletakkan senjata pada tahun berikutnya.

Maduro telah menyatakan negaranya akan “memberikan respon dengan kekerasan” sekiranya pasukan tentera elit anti-pemberonta­k yang baharu di Colombia “berani untuk mencabuli kedaulatan Venezuela.” —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia