Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak meninggal dunia selepas diselamatk­an dari laut

-

MADRID: Seorang kanakkanak perempuan berusia dua tahun dari Mali yang terpaksa menerima bantuan pernafasan selepas diselamatk­an dari sebuah bot yang dipenuhi dengan pendatang di luar Canary Islands di Sepanyol pada minggu lepas telah meninggal dunia pada Ahad di hospital, menurut pihak berkuasa tempatan.

Budak perempuan itu adalah salah seorang daripada 52 orang rakyat Afrika subSahara yang ditemui di dalam sebuah kapal berhampira­n pulau Gran Canaria pada Selasa lepas yang telah dibawa oleh perkhidmat­an penyelamat maritim Sepanyol ke pelabuhan Arguinegui­n.

Anggota penyelamat telah menyerahka­n budak perempuan yang dalam tidak sedarkan diri, dikenali dengan nama Nabody, kepada satu pasukan jururawat Palang Merah yang bertindak cepat untuk memulihkan dia di atas jalan di pelabuhan, ditunjukka­n dalam gambar yang disiarkan di dalam TV Sepanyol pada minggu lepas.

Dia kemudian segera dibawa ke sebuah hospital di Las Palmas de Gran Canaria, bandar utama bagi Gran Canaria, di mana dia meninggal dunia pada Ahad lepas, menurut seorang jurucakap bagi jabatan kesihatan untuk kerajaan wilayah di kepulauan Atlantik.

Budak perempuan itu berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi di hospital tersebut sejak usaha menyelamat­kannya, tambah jurucakap tersebut tanpa memberikan maklumat lanjut.

Media tempatan menyatakan Nabody, yang dalam perjalanan ke Gran Canaria bersama dengan ibu dan kakaknya, mengalami hipotermia yang teruk dan telah mengalami serangan jantung ketika dia tiba di pelabuhan Arguinegui­n.

“Tiada kata-kata untuk menyatakan rasa yang sangat menyedihka­n. Berterima kasih sepenuhnya kepada mereka yang telah berusaha sehingga saat akhir untuk menyelamat­kan nyawa dia,” menurut ciapan dari Perdana Menteri Sosialis Pedro Sanchez.

“Ini merupakan satu amaran kejutan bagi semua orang. Nabody hanya berusia 24 bulan.”

Canary Islands merupakan satu kawasan kemasukan utama bagi pendatang yang mengingink­an satu kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Pada 2020, seramai 23,023 orang pendatang mendarat di pulau-pulau, satu jumlah yang lapan kali ganda lebih tinggi berbanding dengan 2,687 yang tiba pada 2019.

Pada tahun ini sahaja hampir 3,000 orang pendatang yang telah mendarat di pulau Sepanyol, sua kali ganda dari jumlah ketika masa yang sama pada tahun lepas.

Jumlah itu meningkat selepas rondaan yang dipertingk­atkan di sepanjang pantai selatan Sepanyol secara dramatik mengurangk­an tindakan merentasi melalui Mediterran­ean.

Pada jarak paling singkat, penyeberan­gan laut ke pulau-pulau dari pantai maghribi adalah lebih dari 100 kilometer, namun ia adalah sangat berbahaya kerana ombak yang kuat, sementara kapal-kapal adalah biasanya terlalu penuh dan berada dalam keadaan usang.

Pada tahun lepas, 1,851 orang meninggal dunia dalam perjalanan, menurut pertubuhan Caminando Fronteras yang mengawasi aliran pendatang. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia