Utusan Borneo (Sabah)

Filem indie ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ menang anugerah di WFC Singapore

-

FILEM indie, ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021. Kejayaan filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainm­ent Sdn Bhd yang mengisahka­n sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila diumum menerusi laman sesawang WFC Singapore pada 18 Mac lepas. Lebih istimewa, filem yang mendapat dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menggabung­kan elemen seram dan aksi masyarakat Dayak di Sarawak. Penerbit dan pengarahny­a Ray Lee, 45, berkata idea untuk membuat filem itu bermula sejak 2016 melalui kolaborasi dengan penulis skrip Misha Minut yang juga penerbit bersama berasal dari Limbang, Sarawak. “Asalnya, ia adalah cerita pendek tetapi diubah menjadi sebuah filem. Kita tahu, tidak banyak cerita Dayak yang ditayangka­n di pawagam. Jadi, terniat di hati saya menerbitka­n sebuah yang mengetenga­hkan kisah pahlawan Dayak Sarawak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Lebih menarik, katanya, filem itu turut diwarnai dengan gabungan bahasa Iban dan bahasa Melayu selain babak pertempura­n. “Uniknya filem ini kerana ia menerapkan unsurunsur budaya dan adat orang Dayak selain perlu menggunaka­n bahasa Iban dalam beberapa dialog,” katanya penerbit berusia 44 tahun. Selain itu, Ray berkata filem berkenaan turut tercalon di Internatio­nal Symbolic Art Film Festival di Rusia dalam dua kategori iaitu Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik yang akan berlangsun­g pada 27 Mac ini. “Kami juga menanti penuh debaran sama ada bolos untuk penyertaan dan pencalonan dalam filem festival di Amerika Syarikat, United Kingdom, India, New Zealand, Australia, Jepun dan Paris dalam beberapa bulan ini,” katanya. ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ menampilka­n barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey. Filem yang diedarkan Metrowealt­h Pictures Sdn Bhd itu dijangka ditayangka­n di pawagam tempatan menjelang akhir tahun ini. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia