Utusan Borneo (Sabah)

Kapten, anak kapal didakwa seludup rokok RM47.1 juta di Pontian

-

PONTIAN: Seorang kapten kapal dan anak kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan menyeludup pelbagai jenis rokok bernilai RM47.1 juta, awal bulan ini.

Myint Aung, 55, warga Myanmar dan Seah Tien Lye, 48, warga Singapura, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan perbuatan itu ketika berada di dalam Kapal MV Chita di kedudukan jarak tiga batu nautika barat daya, Pulau Kukup, kira-kira 8.15 malam, 8 Mac lepas.

Mereka didakwa menyeludup rokok berjenama U2 Merah, Ran Bold, D-Gi Full Flavour, D-Gi Menthol dan La Light/ Merah yang merupakan barangan tertakluk pengimport­annya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 (P.U. (A) 490.

Pertuduhan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 untuk setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan, berserta dengan syarat tambahan iaitu pasport antarabang­sa diserahkan kepada mahkamah dan mereka juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampira­n setiap Isnin sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, pertuduhan terhadap sembilan lagi anak kapal sama berusia antara 22 hingga 46 tahun terpaksa ditangguhk­an ke tarikh sama (21 April) bagi mendapatka­n jurubahasa Myanmar ekoran kesemua tertuduh merupakan warganegar­a itu dan tidak memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Dewi Jasmine Amalina Ahmad manakala kedua-dua tertuduh diwakili Mohd Hamizi Mohd Yusof dan Ahmad Khairuddin Khalid. —

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Seorang kapten kapal dan anak kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan menyeludup pelbagai jenis rokok bernilai RM47.1 juta, awal bulan ini.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Seorang kapten kapal dan anak kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan menyeludup pelbagai jenis rokok bernilai RM47.1 juta, awal bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia