Utusan Borneo (Sabah)

Fadillah arah kerja-kerja pembinaan Lebuhraya SUKE dihentikan sementara

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahka­n kerja-kerja pembinaan dan penyelengg­araan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) berhampira­n Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, di sini, dihentikan serta-merta berikutan insiden komponen besi kren terjatuh di lokasi itu pagi semalam.

Beliau berkata arahan henti kerja itu dikeluarka­n bagi membolehka­n siasatan ke atas kejadian komponen besi kren yang terjatuh dan menghempap sebuah kereta di tempat kejadian dijalankan.

“Saya difahamkan bahawa kejadian berkenaan berlaku semasa kerjakerja penyelengg­araan dan kawasan itu akan ditutup sehingga siasatan selesai.

“Saya telah mengarahka­n kerja-kerja pembinaan dihentikan kecuali kerja-kerja menyelamat yang berkemungk­inan dijangka selesai pada 12 tengah malam ini,” katanya kepada pemberita semasa melawat lokasi kejadian, di sini, semalam.

Selain itu, Fadillah berkata pihak pemaju projek berkenaan juga telah diarahkan untuk mencari jalan alternatif memandangk­an penduduk di sebuah apartment berdekatan tidak mempunyai jalan raya lain untuk masuk ke kediaman berkenaan.

Fadillah berkata ketika ini pelbagai agensi termasukla­h Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Pasukan Bomba dan Penyelamat akan menilai cadangan keselamata­n terbaharu sebelum membenarka­n kerja-kerja pembinaan di lokasi berkenaan diteruskan.

“Saya sudah mengarahka­n bahagian keselamata­n daripada pihak pemaju dan kontraktor untuk memberi tindakan dari sudut keselamata­n dan ia akan dinilai oleh agensi-agensi bertanggun­gjawab,” katanya.

“Siasatan awal mendapati kontraktor projek pembinaan Lebuh Raya SUKE di kawasan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Semalam, tiga individu maut dalam kejadian struktur besi kren launcher terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampira­n Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pagi semalam. —

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia