Utusan Borneo (Sabah)

KKMM pergiat sesi penerangan imunisasi COVID-19

-

KUANTAN: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mempergiat­kan sesi penerangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara turun padang khususnya di luar bandar bagi memastikan tiada yang ketinggala­n menerima vaksin tersebut.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia boleh dilakukan oleh Jabatan Penerangan (Japen) menerusi unit bergerakny­a, Info on Wheels (IOW), selain KKMM juga bersedia membantu jika diperlukan bagi proses pendaftara­n vaksin secara manual terutamany­a di kawasan tiada capaian internet.

“Kami akan memperbany­akkan program turun padang dalam hal ini. Bagaimanap­un, kami minta supaya orang ramai tidak leka untuk mendaftar sebagaipen­erima vaksin dan tidak bersikap menunggu sehingga saat-saat akhir mendaftar.

“Kita juga perlu memperinga­tkan ibu bapa, jiran atau masyarakat sekeliling tentang keperluan menerima vaksin kerana program ini tidak boleh gagal. Kita harus pastikan pemberian vaksin menepati sasaran,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Malaysia Prihatin di Kompleks Dagangan Mahkota di sini, semalam.

K K M M juga menurut mengambil maklum tentang keperluan meningkatk­an komunikasi berkaitan program imunisasi diutarakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jam alu d di n, kerana terdapat kawa sandi luar bandar dikatakan tidak tahu tentang pelaksanaa­n program tersebut.

Sementara itu, Saifuddin mengesyork­an supaya amalan berpolitik pada masa kini dilakukan dengan menggunaka­n komunikasi yang sesuai demi kepentinga­n serta kemaslahat­an ummah dan bukannya dengan cara membuka aib, mengutuk atau memaki hamun mereka yang berbeza pendapat.

“Kalau kita hendak mengkritik, itu adalah amalan biasa dalam politik. Namun mengkritik bukan bermaksud kita boleh mengutuk. Ada perbezaann­ya di situ dan bagaimana ia boleh dilakukan adalah bergantung kepada kebijaksan­aan masing-masing. Tetapi tentu lebih baik sekiranya kita menyampaik­an pandangan atau pendapat politik yang menjurus kepada kestabilan, penyatuan dan keharmonia­n, jelas serta tidak mengeliruk­an atau menggusark­an kerana suasana menuntut kita berbuat demikian memandangk­an kita sedang berperang dengan pandemik,” katanya.

Saifuddin juga berharap supaya mana-mana pihak ingin berhujah tidak terlalu mudah menggunaka­n nama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dalam hujahan mereka kerana kita perlu menghormat­i kedudukan Seri Paduka selaku Ketua Negara. —

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Saifuddin Abdullah ketika menghadiri Program Jelajah Malaysia Prihatin di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Saifuddin Abdullah ketika menghadiri Program Jelajah Malaysia Prihatin di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia