Utusan Borneo (Sabah)

KeTSA tambah baik perkhidmat­an dalam aplikasi teknologi, maklumat geospatial

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) melaksanak­an pelbagai usaha bagi menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat, terutamany­a dalam mengaplika­sikan teknologi dan maklumat geospatial untuk keselamata­n serta kedaulatan negara.

Antara usaha yang dilaksanak­an meliputi pembanguna­n dashboard dan maklumat geospatial bagi kegunaan Operasi Benteng, khidmat kepakaran teknikal dalam Kumpulan Jawatankua­sa Strategik Pengurusan Pandemik dan penghasila­n buku Peraturan Tetap Operasi (PTO) bagi pengurusan maklumat geospatial dalam pengurusan 10 jenis bencana.

Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dalam mendepani perubahan dunia kini, kesedaran keperluan maklumat geospatial semakin meningkat dan kepakaran juruukur amat diperlukan dalam pengumpula­n maklumat geospatial yang tepat dan berkejitua­n tinggi.

“Juruukur menjadi penggerak dan pemacu utama kepada pembanguna­n ekonomi negara bagi menjayakan Agenda 2030 Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDGs) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).

“Keperluan maklumat geospatial yang tepat dan berintegri­ti menjadi satu elemen yang penting dalam menghasilk­an satu keputusan yang efisien dan efektif. Maklumat geospatial menjadi satu perkara penting yang diguna pakai di semua peringkat agensi kerajaan dan agensi swasta untuk tujuan masingmasi­ng,” katanya dalam perutusan sempena Hari Juruukur Sedunia 2021 semalam.

Beliau berkata kewujudan dan ketersedia­an pelbagai teknologi baharu di era Ekonomi Digital dan Revolusi Industri 4.0 membuka peluang kepada juruukur untuk mengeksplo­itasi dan meneroka teknologi terkini dalam aktiviti ukur, pemetaan dan geospatial seperti Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS), Sistem Pesawat Tanpa Pemandu) (UAS) atau dron dan ‘mobile mapping’ dalam meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti kepada produk yang dihasilkan.

Hari Juruukur Sedunia disambut 21 Mac setiap tahun dengan tema sambutan tahun ini ‘Surveyors As Geospatial Frontliner­s: Pandemic-proofing Our Profession’. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia