Utusan Borneo (Sabah)

Petronas di Bintulu digesa tubuhkan pusat kuarantin bagi kakitangan­nya

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menggesa agar syarikat minyak dan gas terkemuka Petronas di sini menubuhkan pusat kuarantin bagi kakitangan yang bernaung di bawah syarikat terbabit khususnya yang datang dari luar kawasan termasuk dari luar negara.

Menurutnya, langkah sedemikian dilihat dapat mengurangk­an kadar jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga kerja sektor minyak dan gas di bahagian ini terutama kakitangan kontrak yang diambil bekerja di Bintulu.

“Saya berharap Petronas mempertimb­angkan cadangan ini memandangk­an terdapat beberapa kes yang melibatkan ejen yang tidak melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa membawa pekerja masing-masing ke Bintulu sehingga menyebabka­n penularan pandemik COVID-19,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan keadaan ejen atau pekerja pelantar minyak itu sendiri yang menyembuny­ikan status kesihatan mereka sehingga menyebabka­n berlakunya kes jangkitan pandemik pembunuh itu.

Ini menurut Tiong, dilihat sebagai perbuatan yang tidak bertanggun­gjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.

Pada masa yang sama, Tiong memberi peringatan kepada para ejen agar memastikan setiap pekerja di bawah kendalian mereka menjalani ujian calitan COVID-19 di tempat berlepas tiga hari sebelum dan kemudian memohon permit rentas daerah dan bahagian di balai polis berdekatan.

“Saya dalam pada itu berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n pemantauan ketat berhubung perkara ini termasuk mewajibkan setiap pekerja mengemukak­an laporan ujian calitan COVID-19 sebelum mengeluark­an permit rentas daerah atau bahagian,” tegasnya.

Cadangan itu jelasnya, bukan bertujuan menyukarka­n penggiat sektor minyak dan gas di Bintulu, tetapi sebagai langkah proaktif yang harus diambil semua pihak bagi mengekang penularan wabak.

“Ini berikutan siasatan yang dijalankan Pejabat Kesihatan Bintulu berkaitan kes jangkitan COVID-19 yang melibatkan pekerja pelantar minyak mengesahka­n beberapa pesakit yang baru tiba di Bintulu dan berasal dari Zon Merah mempunyai niat untuk menyembuny­ikan status kesihatan mereka dengan mendakwa sudah lama tinggal di Bintulu,” katanya.

Tiong berkata, cubaan menipu akan status kesihatan ini bukan sahaja melambatka­n kerja petugas barisan hadapan malah mendedahka­n orang awam di sini dengan jangkitan COVID-19.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia