Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Komuniti Tawau anjur kursus pendek tingkatkan kemahiran masyarakat

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Masyarakat di daerah ini diminta untuk merebut peluang keemasan dengan menyertai Mini Karnival Kursus Pendek anjuran Kolej Komuniti Tawau pada 27 Mac depan.

Ketua Unit Pembelajar­an Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tawau Nur Adilah Radzwan berkata, penyertaan dibuka untuk seluruh warganegar­a Malaysia khasnya yang tinggal di Tawau.

“Terdapat lima kursus yang disediakan dalam karnival itu antaranya Asas Fiqh Wanita, Masakan Nasi Arab, Asas Microsoft Word, Asas pendawaian elektrik dan asas servis kenderaan ringan.

“Orang ramai yang berminat dikehendak­i mendaftar dengan segera kerana penyertaan terhad untuk 20 orang setiap kursus yang ditawarkan,” katanya.

Menurutnya, kursus yang ditawarkan ini dapat membantu meningkatk­an kemahiran secara berterusan dengan bantuan tenaga pengajar yang berpengala­man.

“Selain itu, yuran kursus yang ditawarkan juga sangat berpatutan hanya serendah RM10 hingga RM50, manakala bahan dan sijil penyertaan disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Tawau,” katanya.

Nur Adilah berkata, semua kursus itu nanti akan dijalankan di dewan kuliah Kolej Komuniti Tawau dan bangunan Kulinari di Bandar Sri Indah (BSI), di sini.

“Pihak Kolej Komuniti Tawau akan sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal dan mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa kursus dijalankan.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i saya di talian 013-2058008, Aisyah 013-9938010 dan Mustofa Kamal 016-8314248 atau permohonan secara online di https://mytvet.edu.my/ epsh/v8/borang/,” katanya.

 ??  ?? KARNIVAL: Mini Karnival Kursus Pendek Kolej Komuniti Tawau berlangsun­g pada 27 Mac depan.
KARNIVAL: Mini Karnival Kursus Pendek Kolej Komuniti Tawau berlangsun­g pada 27 Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia