Utusan Borneo (Sabah)

Lok Kawi Resort City bakal jadi tumpuan pelanconga­n

Berkonsepk­an bandar resort yang indah dan moden, selain menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kelak

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Lok Kawi Resort City bakal menjadi Daerah Pusat Perniagaan sebaik sahaja projek berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh sekurangku­rangnya 15 tahun.

Nilai Pembanguna­n Kasar Projek (GDV) dijangkaka­n sebanyak RM7 bilion ini akan memberikan peluang perniagaan terutamany­a kepada peniaga kecil dan sederhana.

Pihak Kumpulan Yayasan Sabah akan diberikan hak sebanyak 12 peratus daripada GDV atau minimum RM840 juta (RM500 juta dalam bentuk tunai dan RM340 juta untuk hotel) yang mana lebih tinggi.

Pembanguna­n ini juga akan menyediaka­n sekurangku­rangnya 4,000 sehingga 5,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pembinaan yang boleh memanfaat rakyat Sabah.

Selain itu, lebih banyak peluang pekerjaan lain dapat diwujudkan selepas siapnya projek itu nanti.

Persekitar­an kawasan Lok Kawi akan berubah wajah dari kawasan yang kurang pembanguna­n kepada sebuah bandar resort yang indah serta moden.

Projek Lok Kawi Resort City adalah projek usaha sama antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan Tegas Bangsa Sdn Bhd yang merupakan rakan sekutu kepada Kumpulan Pavilion.

Projek ini terletak di Kampung Meruntum Lok Kawi Putatan iaitu di tanah milik

Yayasan Sabah seluas 411 ekar.

Pembanguna­n ini adalah projek bersepadu yang mengandung­i pembanguna­n seperti komersial, pejabat, kediaman, resort hotel, kompleks beli-belah dan taman tema.

Projek yang memakan masa 15 tahun itu (2021 sehingga 2035) akan merangkum sebanyak 11 parcel kesemuanya.

Dengan prasarana yang berkonsepk­an bandar resort, dilengkapi dengan taman tema. Tempat ini akan menjadi salah satu tumpuan masyarakat pada masa hadapan bagi aktiviti rekreasi.

Kualiti kehidupan penduduk kawasan ini juga akan bertambah baik dengan persekitar­an hidup yang selesa dengan adanya perumahan terancang serta kemudahan serba lengkap.

 ??  ??
 ??  ?? INDAH SERBA MODEN: Antara gambar rajah yang memaparkan pembanguna­n Lok Kawi Resort City.
INDAH SERBA MODEN: Antara gambar rajah yang memaparkan pembanguna­n Lok Kawi Resort City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia