Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran aktiviti menyelam melegakan para penyelam

Bagaimanap­un ia masih tertakluk dengan SOP ketat sejajar PKPP

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kebenaran aktiviti menyelam di negeri ini cukup memberikan kelegaan kepada penyelam yang ingin melepaskan keinginan untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun mengumumka­n kebenaran itu selepas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk membenarka­n semula aktiviti itu.

Bagaimanap­un, kebenaran itu masih tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

Farrah Baptist, 39, berkata, keputusan kerajaan negeri Sabah membenarka­n aktiviti ini satu keputusan yang tepat memandangk­an sektor pelanconga­n juga sudah mula dibuka.

“Walaupun ia hanya dibuka kepada penyelam sedia ada di daerah, tetapi sudah cukup melegakan bagi penggemar aktiviti menyelam ini.

“Maknanya, penyelam di Tawau, Semporna, Kalabakan dan Lahad Datu hanya dibenarkan menyelam di perairan sekitar ketiga-tiga daerah ini sahaja,” katanya.

Menurutnya, kebenaran beroperasi ini juga dapat membantu pengusaha pelanconga­n yang memberikan perkhidmat­an menyelam kepada pelancong.

“Kita sedia maklum, dengan penutupan operasi pelanconga­n di negeri ini cukup memberikan kesan kepada pemain industri itu dan mengalami kerugian yang sangat ketara,” katanya.

Sementara itu, bagi Ronzz Chin, 29, pula berkata, kebenaran untuk menyelam di pulau-pulau yang cantik seperti Pulau Sipadan merupakan satu kepuasan bagi dirinya.

“Sebaik sahaja kebenaran itu dibuat, saya tidak melepaskan peluang keemasan itu selepas hampir satu tahun tidak melakukan aktiviti menyelam.

“Kerinduan untuk melihat hidupan marin di dasar laut terubat bila dapat menyelam semula dan sememangny­a buat para penyelam pengumuman ini sangat ditunggutu­nggu,” katanya.

Ronzz berharap masyarakat memandang berat soal pematuhan SOP yang digariskan oleh pihak kerajaan supaya kehidupan kita kembali normal.

“Sekiranya tiada kerjasama semua pihak, kemungkina­n kelonggara­n yang diberikan oleh pihak kerajaan akan ditarik semula demi menjaga keselamata­n rakyat di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? PENYELAM: Farrah melakukan aktiviti menyelam selepas hampir setahun aktiviti itu ditutup.
PENYELAM: Farrah melakukan aktiviti menyelam selepas hampir setahun aktiviti itu ditutup.
 ??  ?? RONZZ
RONZZ
 ??  ?? FARRAH
FARRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia