Utusan Borneo (Sabah)

Pementasan bangsawan perlu diteruskan, kekalkan warisan

-

SENI bangsawan yang kian pupus perlu dihidupkan semula melalui pementasan dalam usaha mengekalka­n warisan seni negara yang tidak ternilai itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim. Bekas penasihat sosiobuday­a kerajaan itu berkata, pementasan seni bangsawan merupakan persembaha­n teater zaman dahulu yang cukup digemari masyarakat, namun seiring perubahan zaman, asas yang merupakan satu perjuangan seni bangsa Malaysia dan khususnya orang Melayu itu, kini dilupakan. “Saya selalu menzahirka­n pandangan supaya masyarakat Malaysia wajib melihat ke belakang semasa kita menjangkau ke hadapan, jadi dalam hal sedemikian yang jadi ketinggala­n pada kita ialah seni pementasan yang dahulunya beri harum nama pada bangsa kita, sudah tidak ada. “Akhirnya kita jadi bangsa yang tiada budaya... inilah ketakutan saya tetapi ramai pihak tidak berasa apa pun… ini beri pengajaran kepada kita bahawa warisan tampak dan tidak tampak begini mudah hilang, jika abang Rahman sudah tiada dalam kalangan kita siapa akan muncul (pengganti), saya tidak nampak,” katanya. Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi Tokoh Seniman Negara Keenam Abdul Rahman Abu Bakar, 87, atau lebih dikenali sebagai Rahman B di Kuala Lumpur, pada Isnin lepas. Turut hadir Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar. Rais berkata sehubungan itu, satu pementasan bangsawan karya Rahman B akan dipersemba­hkan selewatlew­atnya awal tahun depan sebagai langkah permulaaan mengangkat seni persembaha­n bangsawan agar dapat diteruskan pada masa akan datang. “Cuma satu masalah, pengikut bangsawan yang setia yang masih wujud seusia beliau sudah tidak ramai, orang muda nak lihat bangsawan kena buat beberapa tarikan berlandask­an muzikal dan boleh timbulkan keseronoka­n dalam seni suara dan pementasan,” katanya. Sementara itu, Abdul Rahman berkata sebagai pengarah dan penulis skrip bagi pementasan bertajuk ‘Syamsir Alam’ tersebut, beliau akan memastikan keaslian cerita yang dipentaska­n dan pemilihan pelakon juga harus dibuat secara teliti kerana terdapat pantang larang sepanjang persembaha­n yang harus dijaga. Beliau berkata kisah berkenaan yang memaparkan kisah rajaraja dan puteri kayangan turut mempunyai unsur lawak jenaka tersendiri. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? WARISAN SENI: Rais (tengah) menunjukka­n koleksi gambar pelakon bangsawan ketika menziarahi Rahman B di kediamanny­a di Kampung Baru, pada Isnin lepas. Turut hadir, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar (kiri).
— Gambar Bernama WARISAN SENI: Rais (tengah) menunjukka­n koleksi gambar pelakon bangsawan ketika menziarahi Rahman B di kediamanny­a di Kampung Baru, pada Isnin lepas. Turut hadir, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar (kiri).
 ??  ?? RAHMAN B
RAHMAN B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia