Utusan Borneo (Sabah)

PEMIMPIN SABAH SOKONG PENDIRIAN PM

Kerjasama GRS contoh terbaik, bukti kesungguha­n santuni keperluan rakyat tanpa perlu berpolitik

- Oleh Siti Aisyah Narudin & Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pemerintah­an kerajaan negeri ini menjadikan gabungan berkenaan sebagai contoh terbaik jalinan kerjasama politik di Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melihat pembentuka­n GRS bukti kesungguha­n dalam menyantuni keperluan rakyat tanpa perlu banyak berpolitik.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati ramai dalam kalangan pemimpin GRS menyokong kenyataan Perdana Menteri itu tanpa melihat siapa yang popular atau parti politik mana yang terbaik tetapi apa yang kerajaan boleh lakukan untuk pembanguna­n Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan GRS sentiasa mendapat sokongan UMNO Sabah yang kekal dengan pendirian untuk mendukung usaha pembanguna­n di negeri ini.

“Inilah masanya untuk memikirkan masa depan Sabah yang agak jauh ketinggala­n dalam aspek pembanguna­n kerana terlalu banyak berpolitik.

“Pemimpin GRS dari semua peringkat perlu fokus kepada pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat selari dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, rakyat juga perlu menyokong kerajaan GRS dan memainkan peranan dalam memacu proses pembanguna­n di Sabah.

Menurutnya, kerjasama politik GRS mampu mengekalka­n kestabilan politik serta memulihkan ekonomi yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr. Joachim Gunsalam turut sama menyatakan sokongan jalinan kerjasama GRS sebagaiman­a yang diungkapka­n oleh Perdana Menteri.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian merangkap ADUN Kundasang berkata, sekarang adalah masanya untuk berkhidmat kepada kepada rakyat dan perbezaan fahaman politik harus diketepika­n.

“Para pemimpin GRS perlu memberi fokus mencari cara untuk mengatasi dan menyelesai­kan permasalah­an rakyat.

“Kita perlu mencari penyelesai­an dan meningkatk­an pembanguna­n infrastruk­tur khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kerjasama politik GRS yang baik akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pencapaian GRS juga menunjukka­n kematangan politik para pemimpin di negeri ini.

“Dengan adanya politik yang stabil, perancanga­n dan usaha untuk memantapka­n ekonomi negeri, membawa pelaburan sekali gus membuka peluang pekerjaan.

“Pada masa sama, jurang di antara golongan miskin dan kaya dapat dikurangka­n dengan lebih cepat. Bagi kami kesejahter­aan rakyat diutamakan dan kurangkan permainan politik (politickin­g),” katanya.

Bagi Menteri Pembanguna­n Luar Bandar yang juga Pemangku Timbalan Presiden PBS

Datuk Jahid Jahim berkata, pemimpin GRS sentiasa seia sekata dan bersatu hati membelakan­gkan apa juga perbezaan pendapat.

Ia kerana katanya, denyut nadi rakyat Sabah kini sangat memerlukan pembelaan ekoran pandemik COVID-19.

Justeru, beliau yang juga ADUN Tamparuli ini berkata, kerjasama politik yang difokuskan oleh GRS mampu menangani gangguan ekonomi yang begitu mencengkam kehidupan rakyat.

 ??  ?? BUNG
BUNG
 ??  ?? JOACHIM
JOACHIM
 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH
 ??  ?? JAHID
JAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia