Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan terus bantu mangsa kebakaran

-

LABUAN: Pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan akan terus memastikan mangsa kebakaran diberikan bantuan sewajarnya.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias berkata, selain barang keperluan harian dan makanan, pihaknya yakin agensi kerajaan yang berkenaan akan menyediaka­n pelbagai bentuk bantuan diperlukan mangsa kebakaran.

“Kita akan memastikan mangsa kebakaran diberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringanka­n beban mereka,” katanya.

Beliau yang meninjau mangsa kebakaran yang ditempatka­n di Pusat Penempatan Sementara (PPS) pada malam kelmarin mengucapka­n tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankua­sa Bencana Daerah (JBPD) Labuan kerana bertindak pantas membantu menempatka­n mangsa di Dewan Darul Kifayah yang dijadikan sebagai PPS mangsa kebakaran.

Pada masa sama, Bashir juga menzahirka­n rasa lega kerana semua mangsa yang dipindahka­n ke PPS dalam keadaan selamat dan bebas daripada COVID-19.

Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Daerah Wilayah Persekutua­n Labuan Haji Rithuan Ismail turut mengiringi Bashir menemui mangsa kebakaran dan petugas barisan hadapan.

Kesemua 31 mangsa daripada sembilan buah keluarga kebakaran rumah di Kampung Gersik Sabtu lalu ditempatka­n di PPS Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Labuan di Jalan Tanjung Taras.

Sementara itu, Pengarah JKM Labuan Ansharey Matarsad berkata, semua mangsa yang dipindahka­n ke PPS telahpun menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan sebelum mereka dibenarkan masuk ke pusat berkenaan.

“Kesemua 31 mangsa yang melibatkan 10 lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, lima kanak-kanak perempuan, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga bayi yang dipindahka­n ke PPS telah menjalani ujian saringan kesihatan dan kesemua mereka disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, MAIWP Labuan juga telah membuat penelitian mengenai bentuk bantuan yang bersesuaia­n untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat.

 ??  ?? TINJAU: Bashir (tiga kiri) bersama Rithuan (empat kiri) ketika meninjau perkembang­an mangsa kebakaran yang ditempatka­n di PPS Kompleks Darul Kifayah, Jalan Tanjung Taras, malam kelmarin.
TINJAU: Bashir (tiga kiri) bersama Rithuan (empat kiri) ketika meninjau perkembang­an mangsa kebakaran yang ditempatka­n di PPS Kompleks Darul Kifayah, Jalan Tanjung Taras, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia